Drama Nur yang sedang hangat ditayangkan di TV3 sekarang ini antara pengkisahan mendapat perhatian tinggi dari masyarakat yang agak tertarik dengan jalan cerita dan isi yang cuba disampaikan. Diangkat dari kisah lorong bagaimana seorang pelacur yang diselamatkan oleh seorang ustaz dengan mengahwininya, ternyata drama ini begitu berbeza.
Lakonan mantap Syafik Kyle sebagai Adam dan Amyra Rosli sebagai Nur serta ramai lagi pelakon hebat menjadikan Nur antara drama sering dikongsikan di media sosial.Ternyata Nur adalah realiti sebenar yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. Jalan ceritanya mengingatkan seorang peguam, Fadhline Sidek yang berkongsi pengalaman pernah mewakili seorang pelacur Melayu, Aunty Aishah suatu ketika dahulu ketika mula-mula bergelar peguam.
Aunty Aishah ditangkap ketika melacur dan di saat semua orang tidak mempercayainya selain rasa prejudis yang wujud, Aunty Aishah berkata, Allah jelah saksi dirinya.
” Aunty faham. Dunia Kita tak Sama. Tapi Cik sudi ambil kes aunty. Aunty Rasa lega. Tuhan jelah balas budi baik Cik.”teryata kata-kata itu kekal dalam sanubarinya hingga kini!
Ternyata, siapa pun kita, apa permulaan kehidupan kita itu tidak kisah sebaliknya pengakhiran hidup yang paling penting.
Baca perkongsian seperti dikongsinya di laman sosial fbnya.
Dalam semua watak, watak Mona yang paling mencengkam jiwa saya.
Watak kecil tapi besar impaknya. Setiap kali Mona bersuara,saya akan menitiskan air mata.
” Tiada lelaki Yang Akan selamatkan kita, Nur”
Down betul saya.
Watak Mona mengingatkan saya kepada kes jenayah pertama saya. Ketika itu saya ditugaskan untuk membela seorang wanita yang ditangkap kerana melacur.
Umurnya sudah mencecah 60 an dan saya panggil beliau aunty aisyah. Ketika mendapat fail tersebut, memanglah mulut saya tiada insuran mengata aunty aisyah macam-macam.
Maklumlah, umur saya ketika itu baru 25 tahun,lulusan ijazah undang-undang Dan syariah UIA pula. Memanglah panas mahu tegakkan hudud!”
Sehinggalah saya perlu membuat pelan lakar tempat aunty ditangkap. Dari satu bas ke satu bas untuk sampai ke lorong di segitiga emas Kuala Lumpur.
Aduh.
Aunty tiada telefon bimbit. Maka cuaklah saya mahu mencari aunty dari satu lorong ke lorong Yang lain. Sebiji macam Adam mencari Nur.
Jijik.
Memang ayat kursi bersepuh di bibir. Bukan kerana jijik kepada lorong. Tetapi jijik dengan lelaki-lelaki Melayu dalam pelbagai saiz dan warna serta agama membanjiri lorong-lorong itu.
Mujur.
Saya berhijab.maka mereka menyangka saya pegawai agama mahu melakukan operasi. Lintang pukang semua lari!
Sehinggalah saya sampai Di sebuah premis Yang digambarkan oleh Aunty. Sudah! Bagaimana mahu masuk Dan mencari aunty? Keliling sudah menjeling Dan memaki. Saya semakin cuak dengan suasana kelam bilik.
Cik Peguam! Terdengar suara memanggil saya. Lega. Aunty menjelma Di Saat saya sudah mula memanggil Tuhan.
Cik takut ke?
Saya diam Dan mula membuka beg mengeluarkan buku nota.
Anehnya aunty riang bercerita. Aunty tak buat apa pun. Siapalah nak aunty. Dah tua. Orang Cari yg muda. Adalah 3-4 Hari sekali orang ***** datang. Dapat 5 ringgit pun jadilah. Kalau tak, aunty takde duit makan.
Sambil dia menunjukkan ranjang-ranjang yg berharga RM 50,30 Dan 20. Entah kenapa saya begitu sombong. Professional sangat sampai tiada soalan insani.:P
Selesai saya melakar dan mendapatkan penjelasan. Saya meminta Samada Aunty mempunyai saksi.
Ketika itu dia menjawab, ” jika tiada manusia Di dunia ini Yang percaya kan aunty, Allah tahu aunty tak buat kerja Tu ketika ditangkap. Allah jelah saksi aunty.
Eh. Berani betul dia menyebut Nama Allah Di lorong. Geram betul saya bukan kepalang. Takdirnya Allah menutup mulut saya dari berkata-kata.
Menghampiri hari kes, saya mula membuat persiapan. Bos saya hanya berpesan, layan dia seperti manusia. Jangan label apa-apa.
Takdirnya. Semasa hari kes, saya menerima berita kematian Aunty. Pendakwa menggugurkan kes. Saya tergamam. Sehari sebelum kes, rupanya adalah pertemuan terakhir Kami.
Saya merasa Sayu kerana dia berulangkali memohon maaf. Apatah lagi ia kes pro bono. Saya juga antara kehibaan, memohon maaf kerana masih janggal berurusan dengan beliau.
” Aunty faham. Dunia Kita tak Sama. Tapi Cik sudi ambil kes aunty. Aunty Rasa lega. Tuhan jelah balas budi baik Cik.”
Kematian Aunty meninggalkan kesan tarbiyyah yg cukup besar. Selepas itu saya tekad membawa kes jenayah transgender,GRO, pelacur dan siapa sahaja Yang saya percaya Masih menyebut Nama Tuhan yg esa.
Jika Mona percaya, tiada lelaki boleh menyelamatkan dia Dan Nur, saya percaya Kita boleh berusaha menyelamatkan mereka. Kuncinya,layanlah mereka seperti manusia.
Alfatihah buat Aunty.
Mona, maafkan Kami.