Di Tanah Suci Mekah dan Madinah Pun Ada Scammer, Ini 6 Helah Sulit Mereka!

Share

Alhamdulillah, ramai jemaah Malaysia yang dijadualkan akan ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah, akhir tahun ini.

Ini kerana keadaan di sana lebih sejuk dan menyelesakan. Tapi hati-hati, buat jemaah first timer, korang jangan ingat semua orang di Tanah Suci tu baik. Ada rupanya bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja.

Hati-Hati dengan SCAMMER di AL-HARAMAIN

Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah tak ada Scammer, Ada rupanya bezanya ada yang kena cara halus dan cara kasar saja.

CARA KASAR:-

Cara 1

Bag ditorehnya dengan pisau. Sama ada kita sedang melakukan Tawaf atau Saie. Tektik yang dilakukan ini memang kita pun tak perasan langsung, memang berani dan pro! Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama. Hati-hati  ye!

Cara 2

Scammer jadi pengiring. Ketika semua orang bersesak-sesak untuk cium Hajarul Aswad, mereka mengunakan tektik ‘escort’ . Sebagai contoh : ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya “pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mahu, dia mintak siap-siap 400 Saudi Riyal, kadang-kadang 1000 Riyal pun ada. Kita cakap tak ada atau tak mau, then dia blah lah. Tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang. Ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel untuk tuntut duit. So, hati-hati.

Cara 3

Confuse dengan wang.  Hati-hati dengan penjual yang duduk atas food-truck di Jabal Rahmah. Apabila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, pastikan  nilai sebanar wang itu, sebabnya kebanyakkannya akan keliru dengan warna duitnya MERAH.

Cara 4

Peminta sedekah. Mak-mak Arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi. So, awas jangan cepat melatah dan bermurah hati sangat, sekali kita bagi, habissss. Kita akan dikerumun oleh “mereka”

Cara 5

Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat-buat cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan. Kalau nak secure lebih baik gunakan GRAB/UBER.

CARA HALUS (Lebih kepada Psychology)

1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah tak heran sangat dengan kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tengok game depa). Saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya tak ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la.

Saya intai dia dan geng-geng dia mencari mangsa yang lain dari jauh, yup. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa.

saya perati rata-rata mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah dah haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot atau kita ni mmg suka bersedekah.

Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT…

Bagi yang akan mengerjakan umrah pada akhir tahun ni, penulis dan team Remaja doakan korang selamat pergi dan pulang. Semoga ibadah diterima Allah SWT, aminnn..

 

Sumber: Inspirasi Umrah

Published by
Nana