“Dia Adalah Jawapan Tepat Kepada Doa Saya,” – Permaisuri Jordan Puji Bakal Menantu Sempurna Bagi Anak Lelakinya

Share

Tular baru-baru ini apabila permaisuri kesayangan rakyat Jordan, Permaisuri Rania memuji Rajwa Alseif, bakal menantunya pada majlis perjumpaan istimewa sebelum perkahwinannya pada 1 Jun dengan Putera Mahkota Hussein.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bangga Jadi Perempuan Indonesia’ -Tampil Anggun & Menawan, Raline Shah Tuai Pujian Ramai Berkebaya Di Cannes Film Festival 2023

Dikatakan pada malam Isnin lepas, Ratu Jordan tersebut mengadakan majlis makan malam bagi meraikan perkahwinan anak lelaki sulungnya yang akan menjelang tiba dengan Rajwa Alseif.

Permaisuri Rania memuji Rajwa dalam ucapan alu-aluannya, menyifatkan bakal menantunya sebagai bakal pengantin yang paling manis dan paling cantik. Bahkan dia juga mengakui bahawa bakal menantunya itu disayangi seperti anak perempuannya, Puteri Iman dan Puteri Salma.

“Saya tidak akan lupa betapa gembiranya baginda dan saya apabila Al Hussein memberitahu kami dia mahu berkahwin dengan Rajwa. Dia adalah jawapan yang sempurna untuk semua doa saya,” kata permaisuri berusia 52 tahun itu.

Beliau juga memahami bagaimana perasaannya sebagai seorang ibu untuk menyerahkan anak perempuan mereka kepada keluarga suami kerana anak perempuannya Iman berkahwin dua bulan lalu.

Dalam kata-kata yang meyakinkan, Rania berkata, “Kami dan Al Hussein akan menjaga Rajwa dengan sebaik-baiknya. Ini adalah keluarganya dan rumahnya,”

Sebagai anak sulung Raja Abdullah, Putera Mahkota Hussein adalah bakal Raja Jordan, menjadikan Rajwa sebagai bakal Ratu. Wowww…auto jadi bakal permaisuri Jordan tau!

Permaisuri kesayangan rakyat itu juga menambah bahawa dia tahu mendiang bapa mertuanya, Raja Hussein turut akan berbangga dengan cucunya dek kerana keberaniannya sebagai seorang tentera dan keinginannya untuk berkongsi majlis perkahwinannya dengan rakyat Jordan.

BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Kosmo

Published by
Adriana Syaurah