Tempoh hari tular di media sosial sekeping gambar pasangan pengantin. Berita itu mula menjadi perhatian masyarakat apabila dimaklumkan usia pengantin lelaki 26 tahun sementara pasangannya 55 tahun. Memandangkan perkahwinan ini dianggap luar biasa, gambar pasangan ini mula menjadi tular dengan pelbagai komen dari netizen.
REMAJA berkesempatan menemuramah pasangan pengantin tular ini yang dikenali sebagai Tina Yusof berusia 49 tahun dan bukannya 55 tahun seperti dinyatakan di media sosial. Majlis perkahwinan mereka telah diadakan 24 November lalu di rumah pengantin perempuan di Felda Bukit Kepayang, Bera.
Ternyata jarak usia 23 tahun bukan halangan kerana jodoh ditentukan Allah Taala. Jom baca bagaimana cinta antara mereka berputik.
Ditanya bagaimana dia mula mengenali suaminya dikenali sebagai Amy, 26 tahun, jelas Tina, segala-galanya bermula kira-kira dua tahun lalu di mana Amy mula menyapanya di facebook.
“Dalam fb dia menulis ingin berkenalan dengan saya tapi saya tak pernah layan pun dalam tempoh dua tahun itu. Sehinggalah dia menghantar sejambak bunga tanda ingin serius berkenalan,” kata Tina ketika dihubungi.
Tinggal di di Felda Bukit Kepayang, Bera, jelas Tina, boleh dikatakan setiap hari suaminya menghantar mesej namun dia tidak melayannya. Hal ini berlarutan sehingga dua tahun lamanya dan hatinya mula tertarik selepas melihat Amy bersungguh-sungguh ingin menjalinkan hubungan lebih serius.
“Dua tahun saya tak layan. Saya anggap biasa saja. Lagi pun sebelum ini ada juga lelaki yang mahu berkenalan kerana saya membuka kedai makan di sini. Kedai saya memang jadi tumpuan ramai,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Ibu Tunggal Felda Bukit Kepayang, Bera ini sebelum ini.
Jelas Tina, selepas dua tahun kesungguhan Amy yang tinggal di Felda Mayam (felda bersebelahan tempat tinggalnya) sekali pun tidak dilayan masih sama dan dari situ dia melihat ada sesuatu yang istimewa tentang suaminya ini.
“Dia nampak matang berbanding usianya. Saya sendiri tak sangka usianya 26 tahun kerana wajahnya nampak matang. Saya sangkakan usianya 30-an,” katanya memaklumkan sebelum ini dia lima tahun bersendirian dan mempunyai lima orang anak.
Ads
Kata Tina, anak sulungnya berusia 30 tahun dan paling kecil 13 tahun. Kesemuanya perempuan. Tiga darinya sudah berkahwin sementara dua lagi masih sekolah.
“Anak nombor empat belajar di sebuah kolej di Petaling Jaya dan bongsu sekolah menengah di sini,” katanya ramah bercerita.
Secara jujurnya kerana faktor perbezaan usia ini kata Tina, anak-anak membantah pada awalnya. Kata mereka semuanya kerana faktor usia.
Ads
“Tapi niat kita baik dan semuanya Allah permudahkan. Alhamdulilah, akhirnya anak-anak faham tentang jodoh yang sudah ditentukan oleh Allah taala ini,’ katanya memaklumkan suaminya Amy bekerja sebagai pemandu lori dan bekerja kampung.
Malah sepanjang mereka berkenalan, tidak pernah sekali pun Amy datang makan ke kedainya.
“Kata orang dah jodoh. Amy nampak berbeza. Dia matang dalam pemikirannya. Ditambah wajahnya juga nampak tidak seperti usia 26 tahun. Awalnya saya sendiri terkejut bila tahu usianya begitu tapi Allah sudah mengatur segalanya,”katanya lagi.
Apa perasaan bila perkahwinan ini tular di media sosial?
Jelas Tina, dia sama sekali tidak menyangka perkahwinannya ini menjadi tular. Dia akui tidak biasa dengan semua ini namun bersangka baik dengan semua pandangan masyarakat terhadap dirinya dan suami.
Ads
Sementara itu abang sulung Tina yang juga menjadi wali menikahkan adiknya, Sohaili Yusof, 57 berkata, pasangan pengantin ini dinikahkan dengan sekali lafaz di Masjid Felda Bukit Kepayang.
“Ramai yang bertanya saya tentang jodoh mereka ini. Saya katakan sudah ketentuan Illahi dan Nabi Muhammad dahulu pun menikahi Siti Khadijah yang usianya juga lanjut. Saya anggap ini jodoh adik,” katanya memaklumkan hantaran bagi adiknya adalah sebanyak RM3000 (atau barangkali RM5000 kerana kata Sohaili dia tidak pasti tentang jumlah hantaran ini). Malah dirinya turut memaklumkan adiknya itu sudah mempunyai cucu seramai 4 orang di mana paling tua berusia 9 tahun.
Apa pun, jom doa yang baik-baik untuk pasangan pengantin baru ini. Moga perkahwinan mereka kekal hingga jannah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak kenal dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menjadi wira buat seluruh rakyat Malaysia, beliau juga sebagai salah seorang tokoh perubatan dunia yang paling dipercayai.
Bukan calang-calang ye!
Sebentar tadi, merupakan Istiadat Pengurniaan Darjah Darjah Kebesaran, Bintang & Pingat Persekutuan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong.
Seramai 12 lagi menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran ‘Tan Sri’ dan salah seorang yang menerima PSM adalah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Menerusi Astro Awani, selain Dr Noor Hisham, Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Rohana Yusuf, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad, bekas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor dan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria juga antara yang menerima PSM.
Dr Noor Hisham Abdullah merupakan panglima perang dalam menangani pendemik Covid-19 di Malaysia sejak awal tahun ini dan masih lagi bertugas sehingga ketika ini.
Pada hari ini juga, seramai 31 individu telah menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya.
Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan pengurniaan ini.
.
Untuk pengetahuan, Dr Noor Hisham telah menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan pada masa yang sama masih menjalankan tugasan di Hospital Putrajaya sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin (sistem dalam badan yang menghasilkan hormon oleh kelenjar tertentu dan masuk ke dalam saluran darah).
Selain muncul di kaca televisyen, beliau juga aktif membuat posting di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam demi memberikan info terkini berkaitan Covid-19 di Malaysia.
Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita yang dapat merancang, tapi Tuhan yang menentukan.
Mengikut perancangan awal, malam ini merupakan malam penentuan 12 buah lagu yang layak mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35. Sembilan lagi buah lagu dijadualkan dipersembahkan pada jam 9 malam ini.
Bagaimanapun, selepas perkembangan terkini kes positif Covid-19 yang berlaku kepada penyanyi, Alif Satar yang menjayakan persembahan pada Jumaat lalu, pihak produksi dan saluran TV3 mengambil keputusan untuk menunda siaran malam ini ke tarikh yang akan diberitahu kelak.
Menurut muat naik Alif Satar beberapa jam lalu, keputusan ujian SWAB yang baru diterimanya pada hari ini menunjukkan keputusan yang mendukacitakan itu.
Tambah Alif, dia telah mengambil ujian tersebut semalam dan kini sedang menjalani proses kuarantin.
Tinjauan REMAJA terhadap akaun media sosial para peserta yang dijadualkan bertanding pada malam ini pula menunjukkan bahawa mereka lebih mementingkan faktor keselamatan dan kesihatan. Rata-rata tidak kecewa apabila siaran malam ini ditunda.
Ismail Izzani
“Saya nak umumkan bahawa Muzik-Muzik malam ini akan cancel. Dan saya akan segera buat SWAB Test just in case untuk keselamatan semua orang dan diri saya, InsyaAllah by tomorrow. Dan saya harap korang doakan dapat saya dan kawan-kawan saya yang ada dekat Muzik-Muzik sepanjang 3 hari ini.”
Mail bagaimanapun memuat naik video dalam perjalanan melakukan SWAB Test malam ini.
Wany Hasrita
“Doakan semuanya dipermudahkan”
Zizi Kirana
“Assalamualaikum, semoga kita sama-sama dilindungi.”
Aina Abdul
Ernie Zakri
Stacy & Akim
“Separuh akhir Muzik-Muzik terpaksa dibatalkan untuk kebaikan dan keselamatan masing-masing. Jadi kita semua beri kerjasama. Dan harapnya korang di luar doakan yang baik-baik semoga semuanya dipermudahkan. Kami harap Alif dapat segera pulih insyaAllah.”
Syamel
Andi Bernadee
“Assalamualaikum semua. Semi final Muzik-Muzik pada malam ini dibatalkan.”
Andi turut dilihat mengambil tindakan yang sama seperti Mail dan segera melakukan ujian SWAB.
Azlan & The Typewriter
“Assalamualaikum semua. Atas langkah berjaga-jaga, Separuh Akhir Muzik-Muzik akan ditunda. Harap jangan putus asa untuk terus menyokong Jangan Khianati Aku.”
*
Dengan pekembangan terbaru yang melanda program Separuh Akhir Muzik-Muzik ini, adakah ia bermakna Nabila Razali mampu untuk ‘recover’ daripada isu kesihatannya dan menjayakan persembahan lagu Peluang Kedua?
Berpunca dari sikap “fussy” atau “picky” dalam pemakanan menyebabkan remaja berusia 19 tahun disahkan buta dan pekak. Remaja yang berasal dari Bristol ini hanya akan makan kerepek kentang dan sosej sebagai diet.
Keluarga remaja itu juga menyedari sesuatu yang tidak kena apabila beliau mula hilang pendengaran ketika berusia 14 tahun. Penglihatan remaja itu juga semakin buruk dan kini hidup tanpa pekerjaan dan pergaulan sosial akibat diet itu menurut ibunya
Ibunya turut memberitahu bahawa anaknya enggan makan makanan lain, selain memakan kerepek kentang, sosej, daging proses dan roti putih sejak berusia tujuh tahun lagi.
Kajian dari University of Bristol yang mengesahkan Remaja berkenaan mengalami masalah pemakanan dikenali sebagai gangguan pengambilan had makanan (ARFID). Disamping kekurangan zat dan menyebabkan kerosakkan teruk pada saraf optik, keadaan ini juga dikenali sebagai nutritional optic neuropathy (NON).
Mereka yang mengalami keadaan itu kerap mengelakkan makanan dengan tekstur, bau, rasa atau penampilan tertentu atau cuma makan ia pada suhu tertentu, menurut badan kebajikan gangguan pemakanan.
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...