Pertama sekali, Remaja ingin ucapkan ALL THE BEST kepada korang yang baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tamat semalam. Kerja keras yang telah korang curahkan selama ini berserta doa daripada ibu bapa dan guru insyaAllah akan membuahkan hasil.
Tapi korang kena tahu, tamat SPM tak beerti tamatlah semuanya. Ini baru permulaan guys!
Terbaru, sekumpulan pelajar yang dipercayai lokasinya di Melaka, sempat berpesta di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir selepas tamat peperiksaan.
Sekumpulan pelajar sekolah yang sedang seronok sebab baru habis SPM. Moga keputusan cemerlang dan sambung pelajaran serta berjaya dunia akhirat. pic.twitter.com/lofVbkrSmD
— HermyR (@HermyRahim) November 27, 2019
Lagak samseng tengah jalan
Mereka berkumpul di tengah-tengah jalan dengan melakukan pelbagai aktiviti tidak sihat. Malah, kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan ini juga turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya.
Tindakan mereka itu cukup mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising dan menyusahkan pengguna jalan raya sehingga perjalanan terganggu.
Siap Ada Poster
Dia Ingat Dia Joker Ke?
Rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang dengan perlakuan pelajar-pelajar tersebut.
Difahamkan, pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap kumpulan pelajar terbabit yang memiliki pelbagai kesalahan termasuk, tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.
Ish macam-macam la dorang ni, tapi bagi pendapat penulis tak salah sebenarnya untuk meraikan tetapi yang menjadi isu adalah cara mereka itu, yang menggambarkan keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang.
Sumber : Astro Awani, Twitter