Terdengar bisikan istighfar ‘Allahuakhbar’ dan ‘Astaghfirullah’ di galeri awam.
Prosiding untuk kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain yang juga merupakan pelajar di Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) memasuki hari ke-12 pada Khamis minggu lepas setelah kes berlaku pada pertengahan tahun 2017.
Tragedi yang meragut nyawa pelajar ini bertukar menjadi sebak apabila salah seorang daripada saksi kes, Ahmad Senabil Mohamad, 22 melakonkan semula detik mangsa ditekap seterika oleh rakan-rakan seuniversiti.
“Tolong!! Panas!!” jerit Senabil dengan kuat sambil berdiri di kandang saksi, selepas dia diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Othman, Othman Abdullah untuk melakukannya.
Foto: NSTP
Terdengar bisikan istighfar ‘Allahuakhbar’ dan ‘Astaghfirullah’ di galeri awam apabila jeritan tersebut terdengar sehingga ke telinga keluarga mangsa, keluarga tertuduh, pihak media dan orang awam yang mengikuti perbicaraan. Ibu kepada Allahyarham Zulfarhan juga tidak mampu menahan sebak dan terus menangis selepas mendengar jeritan saksi.
Ahmad Senabil merupakan individu yang melihat mangsa ditekap dengan seterika wap di dalam bilik asrama 4-10 di UPNM antara jam 4 pagi hingga 6 pagi pada 22 Mei 2017.
Ads
Ahmad Senabil yang merupakan penghuni bilik asrama 4-10 telah ke bilik 4-10 pada kira-kira jam 12 tengah malam selepas terdengar mengenai kes kecurian komputer riba yang dikatakan membabitkan mangsa.
Foto: The Borneo Post
Di dalam bilik tersebut, tertuduh keenam Abdoul Hakeem Mohd Ali bertanyakan beberapa soalan kepada mangsa mengenai kes kecurian namun mangsa dikatakn menjawab soalan itu secara putar belit lalu menyebabkan Abdoul Hakeem menumbuk perut mangsa sebanyak 2 kali diikuti tertuduh seterusnya, Muhamad Danial Firdaus Azmir.
Abdoul Hakeem kemudian menyuruh mangsa menanggalkan seluar dan menyambung memukul mangsa yang hanya ber-boxer sebelum 10 orang lagi individu memasuki bilik 4-10.
Saksi dalam kenyataannya berkata selain menumbuk dan menendang, Abdoul Hakeem turut memukul menggunakan penyangkut baju. Danial pula menggunakan penyodok sampah. Walaupun mangsa memberitahu dia tidak mencuri komputer riba tersebut, mereka berdua terus memukul.
Ads
Allahyarham Zulfarhan Osman (kiri) juga aktif dalam sukan Marathon, Duathlon dan Triathlon semasa di UPNM.
Pada jam 3.30 pagi pula, hanya tinggal beberapa orang tertuduh di dalam bilik iaitu Abdoul Hakeem, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal dan Mohammad Syafiq. Turut berada di situ tentunya Ahmad Senabil.
Menurut saksi, Muhammad Akmal Zuhairi memegang seterika wap. Sambil Abdoul Hakeem duduk bertanya di atas kerusi, Muhammad Akmal menekap seterika ke atas kaki dan badan mangsa yang dikatakan diikat dengan tali pinggang Taekwando.
“Mangsa meronta dan menjerit dengan kuat sepanjang ditekap seterika dari jam 4 pagi sehingga subuh. Tak lama lepas itu, Muhammad Azamuddin juga mula memukul mangsa,” katanya.
Selain Muhammad Akmal, Ahmad Senabil berkata tertuduh lain iaitu Muhammad Afif, Mohamad Shobiri, Muhammad Azamuddin dan Muhammad Najib turut menekap seterika itu ke badan mangsa.
Ads
Pegawai Penyiasat ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz menunjukkan seterika wap yang digunakan oleh tertuduh.
Mangsa dikatakan menggelupur dalam posisi meniarap sambil tangan. Disebabkan mangsa masih tidak mengaku, ikatan pada kaki dan tangan dibuka oleh Akmal Zuhairi yang kemudiannya mencuci lantai bilik yang mempunyai kesan peluh dan darah mangsa..
Kesemua enam orang tertuduh berusia 22 tahun itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Allahyarham Zulfarhan Osman di blok penginapan asrama Jebat UPNM. Jika sabit kesalahan, mereka boleh disabitkan mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Perbicaraan akan bersambung pada 16 Ogos ini.
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu ini, empat lagi buah lagu baru daripada penyanyi tempatan menarik perhatian REMAJA apabila masing-masing seakan mempunyai konsep yang sama.
Inti pati lirik kali ini adalah lebih melankoli, sedih dan lebih meruntun jiwa. Bagi pendengar yang sedang dilanda masalah peribadi terutamanya masalah emosi, pastinya empat buah lagu ini akan ‘dilayan’ oleh korang.
Penulis hendak ingatkan kepada korang usah dilayan sangat perasaan itu. Setiap permasalahan itu pastinya didatangkan dengan solusi. Cuma dengan kehadiran lagu-lagu ini, korang bolehlah menjadikannya sebagai peneman sementaran, hehe..
Pelakon terkenal Korea Selatan, Jang Geun Suk baru-baru ini berkongsi bahawa dirinya telah didiagnosis penyakit kanser tiroid pada tahun lalu dan selamat menjalankan pembedahan dengan hasil yang lebih baik.
Hal tersebut pernah dinyatakan oleh pelakon berusia 37 tahun itu melalui video di Youtube peribadinya yang bertajuk ‘Hai Ini Jang Geun Suk, Ada Yang Ingin Saya Akui’.
Difahamkan, video tersebut telah dirakam dan dimuat naik dua(2) minggu selepas Geun Suk selesai menjalankan pembedahan dan menyatakan dia tidak mahu berkongsi hal tersebut lebih awal kerana tidak mahu membuat para peminat risau dengan keadaannya.
Kredit: Youtube Jang Geun Suk
Dalam pada itu, agensi Jang Geuk Suk, Craft 42 Entertainment turut mengeluarkan kenyataan berbunyi,
“Pelakon Jang Geun Suk telah didiagnosis penyanyi kanser tiroid pada Oktober lalu. Selepas mendapatkan konsultasi dengan doktor. Geun Suk segera menyelesaikan sebahagian aktiviti yang dijadualkan.”
Tambah mereka di dalam sebuah kenyataan, “Dia juga sudah menjalankan pembedahan pada bulan Mei dan kini berada dalam keadaan yang baik.”
Sementara itu, Geun Suk berkata, “Saya sudah selesaikan semuanya dengan baik dan keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih. Sekarang, saya juga akan lakukan yang terbaik untuk menjaga kesihatan dengan menjalankan ujian secara rutin (3 bulan sekali) untuk memantau keadaan dari masa ke semasa.”
Dalam perkembangan terkini, Jang Geun Suk kembali dalam siri original terbaru Netflix 16 episod yang sudah pun ditayangkan sejak 6 Ogos berjudul ‘The Influencer’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Industri hiburan Korea bukan hanya disertai oleh masyarakat di sana, namun sebenarnya ramai individu dari luar Korea yang menjadi sebahagian daripada ahli kumpulan kpop mereka. Seperti Lisa Blackpink yang berasal dari Thailand dan kalau korang nak tahu rakyat Malaysia pun ada yang sudah menjadi selebriti di Korea.
Terbaharu, Sriya Lenka menjadi artis k-pop pertama berasal dari India apabila dipilih menjadi salah seorang kumpulan pop Korea, Blackswan bersama Gabriela Dalcin dari Brazil.
“Sriya dan Gabi akhirnya terpilih sebagai ahli blackswan selepas menyertai program uji bakat global selama 6 bulan lepas. Dengan penampilan sulung mereka, Blackswan akan kembali semula.”
Sriya dilahirkan di Rourkela, Odisha, India pada tahun 2003. Dia menerima latihan tarian klasik Hindustan dan Odissi serta tarian kontemporari lain. Sriya dipilih pada tahun lalu menjadi antara finalis untuk berlatih bersama Blackswan di Seoul untuk ahli kelima bermula selepas seorang ahli, Hyeme keluar dari kumpulan berkenaan pada November 2020.
Sriya dan Gabi merupakan dua finalis yang terpilih daripada 4,000 pemohon dan mereka dikatakan bakal berada di Seoul bagi menjalani latihan selama beberapa bulan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktor berbakat besar, Nadhir Nasar, tampil berkongsi tahun ini dia diberi peluang besar untuk membawakan watak yang cukup mencabar dalam sebuah telefilem raya bertajuk...