“Dia Susah Hati, Cukup Takut Apabila Tengok Air Mata Ibu Mengalir” -Nurul Shuhada Pilih ‘Sorokkan’ Air Mata Depan Cahaya Mata Tercintanya

Share

Bertuahnya anak-anak memiliki seorang ibu yang kuat dan tabah walau pelbagai ujian mendatang…

Itulah yang dapat diungkapkan buat Nurul Shuhada apabila kini berdepan dengan ujian polemik rumah tangga bersama pasangannya yang juga pelakon Hafidz Roshdi pada masa ini.

BACA JUGA: “Moga Allah Gantikan Dengan Nikmat Tidak Disangka Buatku & Anak” -Isteri Hafidz Roshdi

Dalam menempuh dugaan tersebut walau sukar untuk ditelan, Shuhada memilih untuk tidak menunjukkan kesedihannya di depan kedua-dua cahaya mata kesayangannya yang masih kecil.

Dirinya lebih memilih untuk menyimpan kesedihan dan air mata untuk tidak mahu anak-anak terkesan dengan apa yang terjadi kepadanya buat masa ini.

Menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya, Shuhada memaklumkan bahawa putera kecilnya, Umar, amat takut jika melihat air mata ibu tercintanya jatuh berderai.

“I love you sayang buah hati ibu, peneman air mata ini budak. Dia cukup takut apabila lihat air mata ibu mengalir.

“Dia susah hati, tidak boleh menangis depan Umar. Salam ramadan semua,” coretnya di Igstory.

Sekadar informasi, tarikh sebutan semula kes perceraian buat Hafidz Roshdi dan Shuhada akan di bawa ke 9 Mei hadapan oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBERO FOTO: Instagram Nurul Shuhada 

Published by
Fath