Kalau korang peminat tegar trilogi filem sains fiksyen Star Wars mesti korang kenal dengan General Ematt dalam filem tersebut.
PELAKON Star Wars yang juga seorang jurulatih dialek di Britain, Andrew Jack, 76, dilaporkan telah meninggal di sebuah hospital di Surrey, United Kingdom (UK) kelmarin, dipercayai akibat jangkitan COVID-19.
Kematiannya itu disahkan menerusi satu kenyataan oleh agennya, Jill McCullough.
“Dia sangat berdikari dan sangat mencintai isterinya yang juga jurulatih dialek,” jelas Jill.
Isterinya, Gabrielle Rogers yang kini sedang dikuarantin di Australia berkata, Andrew Jack telah didiagnos terkena jangkitan COVID-19 pada dua hari lalu.
“Dia tidak ada sakit, dan dia telah ‘pergi’ secara aman dengan mengetahui bahawa semua ahli keluarganya bersama dengannya,” jelasnya dalam satu kenyataan di media sosial.
Difahamkan, semua penumpang pesawat yang tiba di Australia (bersama dengan Gabrielle) perlu dikuarantin di hotel selama dua minggu.
Andrew tampil beraksi dalam filem Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi, memegang watak sebagai General Ematt dan juga siri Solo: A Star Wars Story serta Star Wars: Episode VII – The Force Awakens.
Antara selebriti yang berada di bawah bimbingan kejurulatihan dialeknya adalah Robert Downey Jr. (watak Tony Stark, filem Iron Man) dan Chris Hemsworth (watak Thor, filem Thor).
RIP General Ematt!
Sumber : Astro Awani