Dian Sastrowardoyo Tidak Segan Pakai Kebaya Seharian, Inginkannya Diiktiraf UNESCO

Share

 

Pakaian adalah satu bentuk ‘identification’ atau pengenalan sekelompok masyarakat terhadap warisan dan kebudayaan yang diserlahkan kepada penduduk dunia.

Disebabkan globalisasi yang berlaku pada zaman ini, malangnya masyarakat semakin melupakan jati diri pakaian tradisi masing-masing; mungkin disebabkan rasa malu yang mereka rasakan ataupun kerana mereka berpendapat ia hanya sekadar persalinan yang dipakai semasa menghadiri majlis-majlis formal sahaja.

Pendapat itu sama-sekali tidak dipersetujui oleh aktres popular Indonesia, Dian Sastrowardoyo. Dian yang popular menerusi naskah Ada Apa Dengan Cinta dan Kartini ini sememangnya merupakan seorang figura awam Indonesia yang kerap mengenakan kebaya.

Foto : Instagram @therealdisastr
Foto : Instagram @therealdisastr

Baginya, persalinan kebaya yang selalu dipadankannya dengan selendang dan tas tangan seharusnya menjadi satu kebanggaan bagi rakyat negaranya dan ingin sekali melihat kebaya diiktiraf sebagai aset budaya dunia yang diperakui badan UNESCO.

“Pakaian wajib untuk mulakan mesyuarat 2022. Masi kita kaitkan kebaya dengan segala sesuatu yang berbaur profesionalisma dan integriti. Bukan hanya (sebagai) pakaian seragam jemputan (majlis). Bukan hanya sesuatu yang bersifat hiasan atau paparan semata.

“(Pakaian tradisi seperti kebaya) ini (adalah) diri kita. Sekarang. Bukan hanya masa lalu,” ujarnya menerusi satu hantaran Instagram.

Foto : Instagram @therealdisastr

Tambah Dian lagi secara berseloroh, sekiranya ada yang bertanyakan ke mana destinasi yang ingin ditujunya dalam persalinan kebaya ini, dia tidak sesekali akan teragak-agak mengenakannya bagi menghadiri minggu fesyen.

Jawapan Dian ini berkait rapat dengan pertunjukan fesyen Citaya yang kini sedang tular di negara seberang itu.

Selain gemar berkebaya, Dian juga terkenal dengan kreativitinya untuk menata gaya pakaian harian dengan kain sarung batik. Ia telah mencetuskan idea dalam kalangan wanita di Indonesia untuk mencuba gaya tersebut sebagai pakaian harian mereka.

Foto : Instagram @therealdisastr
Foto : Instagram @therealdisastr
Foto : Instagram @therealdisastr

Tidak mustahil rasanya untuk Indonesia mengiktiraf Kebaya sebagaimana Malaysia sebelum ini telah berjaya menyakinkan UNESCO untuk mengiktiraf fabrik songket negara sebagai ‘Warisan Budaya Tidak Ketara’.

ARTIKEL BERKAITAN : UNESCO Iktiraf Songket MALAYSIA Sebagai ‘Warisan Budaya Tidak Ketara’ – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ