Benar kata orang, hanya pendidikan yang mampu mengubah nasib kehidupan seseorang dari susah menjadi lebih senang.
ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz Sanggup ‘Berhabis’ Demi Pelajaran Anak, Tanggung Kos RM140,000 Setahun
Itulah yang dilalui oleh pelakon jelita, Diana Danielle. Tidak dilahirkan dalam sebuah institusi keluarga berada, malah perlu berdepan kehidupan yang agak sukar sehingga terpaksa menumpang di rumah orang lain.
Namun, kesemua pengalaman itu membuatkan Diana yang mesra disapa dengan panggilan Dee lebih mensyukuri nilai kesenangan yang dirasainya sekarang. Malah pengalaman lampau itu juga menurutnya cukup mematangkan diri.
Terbaru, isteri kepada Farid Kamil itu menyatakan hasrat murninya untuk membantu membiayai kos pendidikan kepada para pelajar yang memerlukan.
Menerusi hantaran di platform X, pemilik nama penuh Diana Danielle Danny Beeson ini bertanyakan kepada pengikutnya jika mereka mengetahui cara terbaik baginya menyalurkan sumbangan tersebut.
“Boleh bantu saya tak? Boleh sesiapa beritahu saya bagaimana contohnya saya nak bantu biaya pelajaran adik-adik di sekolah dan universiti?
“Macam mana nak memberi kepada mereka yang memerlukan?” catatnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi senarai universiti dan institusi bantuan pendidikan sebagai rujukan Diana.
Pada masa yang sama, mereka turut memuji niat baik pelakon filem Magika itu kerana ingin menolong meringankan beban pelajar yang bakal menjadi pemimpin pelapis buat negara kita pada masa hadapan.
Aktres itu juga sempat membalas satu komen dengan menyatakan dirinya bukanlah terdiri dalam kalangan rakyat elit untuk menghulurkan bantuan sedemikian. Segalanya yang dimiliki olehnya kini hanya cukup bagi menampung keluarganya.
Bagaimanapun, Diana mempunyai sifat empati kepada pelajar yang tidak mempunyai sumber mencukupi untuk melanjutkan pengajian.
“Saya bukan hanya fikir pelajar di universiti, sekolah rendah pun boleh mana yang ada kekangan sikit-sikit (kita berikan bantuan) supaya kita semua boleh melakukannya (menimba ilmu),” balasnya.
Macam manalah peminat tak sayangkan Diana Danielle? Hehe..
BACA LAGI: Anne Hathaway Cantik Dan Awet Muda Seperti Remaja Walaupun Usia Cecah 40, Ini Tipnya
SUMBER: Platform X
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.