Berita

Diana Danielle Dedah Pernah Hidup ‘Homeless’, Tak Mampu Beli Nasi Lemak RM 1

Share

Aktres jelita, Diana Danielle mendedahkan dia dan ibu tersayang pernah melalui tempoh titik terendah dalam kehidupan mereka.

Menerusi perkongsian di podcast Debonair, isteri kepada aktor terkenal, Farid Kamil itu memaklumkan dia tidak mampu untuk membeli makanan dan terpaksa menumpang tempat tinggal di rumah rakan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat Nafkah Ke? Kerja Tak Puas Hati Saja Memanjang…” -Diana Danielle Tampil ‘Bersuara’ Isu Pertikai Jumlah Duit Raya

“Saya pernah rasa cemas. Saya pernah rasa sedikit tertekan sebab tak mampu untuk membeli satu paket beras atau nasi lemak RM1.

“Saya dan ibu saya pernah menjadi gelandangan. Kami tinggal bersama keluarga di rumah kawan-kawan,” tuturnya.

Justeru, ibu kepada dua cahaya mata itu belajar untuk menghargai kehidupan sejurus sahaja tempoh sukar itu berlalu.

“Jadi ke depannya, ia memberikan saya rasa kehidupan itu.

“Ia bukan tentang mengejar sesuatu yang lebih besar atau mahu membuktikan kepada sesiapa kenapa saya membuat sesuatu perkara,” katanya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: TikTok Debonair

Published by
Fath