Seorang rakyat Malaysia berkongsi dirinya menerima bayaran dengan harga yang tinggi ketika menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat di Hong Kong.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Malaysianpaygap, dia yang berbangsa Cina itu merupakan pelatih aktuari dari Malaysia yang kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat besar di sana dengan bayaran HKD 12,000 iaitu hampir RM7,000.
Dia memulakan langkahnya ke sana selepas berjaya mencatat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah ditawarkan peluang yang lebih baik oleh kerajaan Hong Kong.
Ads
Namun di sebalik gaji yang tinggi, dia berkongsi juga bukan mudah untuk bekerja di Hong Kong kerana budaya kerja di sana sangat pantas.
Ads
Selain itu, dia yang kini berusia 22 tahun itu turut menekankan kepentingan bahasa Mandarin, kerana banyak organisasi atau syarikat di sana mengharapkan kakitangan mereka berbahasa Mandarin dengan baik, walaupun tinggal di negara berbahasa Kantonis.
Pelajar itu menyarankan juga agar pelatih dan graduan baharu untuk belajar bersungguh-sungguh dan bekerja di luar negara untuk meluaskan pengalaman mereka.
Ads
Selain mengesyorkan sukatan pelajaran Malaysia perlu dikemas kini seperti di Hong Kong seperti memberi lebih perhatian kepada subjek sains seperti statistik dan kalkulus.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengguna lebuh raya membabitkan Kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) akan menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari pada esok, 8 Februari dan Jumaat, 9 Februari, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, kemudahan tol percuma itu diberikan hasil persetujuan dicapai melalui mesyuarat Jemaah Menteri.
Pemberian tol percuma ini akan dilaksanakan di semua lebuh raya bermula pada jam 12.01 tengah malam, 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada jam 11.59 malam, 9 Februari 2024 (Jumaat) di mana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.99 juta.
“Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) sahaja di semua plaza tol, kecuali di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor Darul Takzim.
“Tol percuma ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baharu Cina kali ini,” katanya
KKR berkata, pelaksanaan pemberian tol percuma ini diharapkan dapat dimanfaatkan pengguna lebuh raya dengan merancang perjalanan sewajarnya dan dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan.
“Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta,” katanya.
KKR turut menasihatkan pengguna untuk mendapatkan rehat secukupnya dan memastikan baki kad Touch ‘n Go serta eWallet adalah mencukupi.
Pengguna boleh menyemak status trafik atau sebarang insiden di lebuh raya yang akan dikemaskini di media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) iaitu di Facebook : Lembaga Lebuhraya Malaysia atau di aplikasi X @LLMtrafik secara berkala.
Pengguna lebuh raya juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik atau bantuan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkenaan kebenaran untuk jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid dan surau bermula hari ini mengikut ketetapan kerajaan negeri masing-masing, beberapa buah negeri dilihat mulai memberi respon dan menjemput jemaah lelaki bagi sama-sama kembali mengimarahkan rumah ibadah.
Beberapa negeri pada hari ini mula memberi kebenaran kepada jemaah lelaki untuk menghadiri solat Jumaat secara berjemaah di surau dan masjid. Begitupun, ia akan dilakukan ssecara berkala di mana ada had jumlah jemaah tidak termasuk imam, bilal dan noja yang bertugas.
Seperkara lagi, para jemaah juga hanya dibenarkan untuk menyertai solat Jumaat sekiranya mereka telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19. Bagi yang Ini termasuklah dalam kalangan ahli jawatankuasa pengurusan kariah suran dan masjid tersebut.
Bagi yang telah menerima dos kedua suntikan vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac, mereka perlu melepasi hari ke-14 selepas suntikan untuk memperolehi kebenaran itu. Manakala penerima vaksin jenis Johnson&Johnson dan CanSino yang hanya memerlukan satu dos suntikan, mereka perlu melepasi hari ke-28 selepas suntikan.
JOHOR
Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam memaklumkan negeri itu telah menambah had jemaah untuk solat Jumaat kepada 50 orang berbanding 20 sebelum ini untuk masjid. Had jemaah di surau kariah pula kekal tidak melebihi 20 jemaah.
Kenyataan tersebut juga berkata, sekiranya masjid dan surau tersebut mempunyai kekosongan kapasiti, maka mereka yang telah menerima satu dos suntikan vaksin akan dibenarkan menyertainya.
NEGERI SEMBILAN
Hanya masjid dan surau terpilih saja yang bersedia menerima jemaah solat Jumaat pada hari ini. 50 orang jemaah yang sudah lengkap mendapatkan dos suntukan vaksin DAN telah melalui tempoh 14 hari saja yang dibenarkan memasuki perkarangan masjid dan surau.
Pihak masjid dan surau di Negeri Sembilan juga diarahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembila untuk melantik pegawai keselamatan atau sukarelawan bagi membantu laluan keluar masuk jemaah, menyediakan pengimbas suhi, kod pengimbas MySejahtera dan cecair ‘sanitizer’.
SABAH
Kerajaan negeri memberi kebenaran sementara kepada masjid dan surau terpilih untuk melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah sekiranya mereka telah mengemukakan permohonan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
PERAK
Mulai Julai lalu, Sultan Perak berkenan untuk membenarkan semua masjid dan surau di negeri ini menerima jemaah mengikut keluasan dewan solat dan mematuhi SOP yang ditetapkan. Peringatan tersebut dimuat naik semula semalam oleh Jabatan Agama Islam Perak dan berkata, jemaah masih dibenarkan solat Jumaat walaupun mereka masih belum menerima dos suntikan vaksin kedua.
TERENGGANU
Negeri Pantai Timur ini juga telah memberikan kebenaran untuk solat berjemaah tanpa had bilangan mengikut keluasan masjid dan surau seja Julai lalu. Menurut Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, individu yang belum menerima dos suntikan vaksin yang lengkap juga dibenarkan menyertai jemaah dengan syarat mematuhi SOP ketat.
KEDAH
Oleh kerana belum menerima sebarang ketetapan baharu selepas pengumuman Perdana Menteri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah masih akan meneruskan prosedur membenarkan solat Jumaat di masjid dan surau dengan jumlah jemaah tidak melebih 100 orang dengan syarat jemaah telah menerima suntikan vaksin. Kebenaran ini bagaimanapun hanya membabitkan zon hijau, kuning dan jingga di negeri Jelapan Padi itu. Di zon merah, jumlah jemaah masih kekal tidak melebihi 50 orang.
SELANGOR
Setakat hari ini, masih belum ada notis berkenaan prosedur kebenaran solat Jumaat secara berjemaah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bagaimanapun, pihak JAIS ada meminta agar orang ramai bersabar, kekal mematuhi arahan dan terus mendapatan dos suntikan vasin yang lengkap.
Oleh itu, penduduk di Selangor masih kekal dengan hanya enam orang jemaah saja yang dibenarkan bagi solat Jumaat di seluruh negeri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasalah kediaman yang mempunyai binatang peliharaan pasti akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja kurang enak malah memberi kesan tidak baik terutama kepada mereka yang mempunyai alahan.
Terutamanya jika kucing tadi jenis ‘indoor’ dan tidak pernah dilepaskan di luar rumah.
Tambahan pula di musim perayaan ini, nanti tidak selesa pula tetamu yang berkunjung tiba di rumah kita. Jadi, apa yang dilakukan bagi menghilangkan bau kucing yang kadang-kala agak kurang menyenangkan itu.
Perkongsian berkenaan tips kurangkan bau kucing dalam rumah ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @qienaibrahim di akaun miliknya.
“Antara tip untuk majikan indoor. Selain bibik kena rajin buang jongkong emas majikan dan bersihkan litter box majikan,” tulis kapsyen muat naik wanita tersebut.
Guna kulit kayu manis sahaja
Menurut perkongsian video wanita tersebut, bahan utama untuk mengatasi masalah itu adalah kulit kayu manis. Bahan mudah yang berada di dapur rumah dan menjadi kegunaan untuk memasak makanan yang enak.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah ambil bekas kosong mengikut saiz bersesuaian dengan keluasan rumah anda.
Kemudian letakkan kulit kayu manis beberapa batang dan tuang air ke dalam bekas tersebut. Air boleh di isi separuh daripada bekas kosong yang disediakan tersebut.
Letak campuran bahan tadi di tempat yang tersorok seperti di bawah kabinet tv mahupun almari hiasan. Perkongsian wanita itu juga telah mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial TikTok yang lainnya. Antara komen yang mendapat perhatian adalah:
“Rumah saya flat ada 10 ekor kucing memang setiap penjuru saya letak air kayu manis. Memang takda bau,” tulis seorang pengguna yang berkongsi cara yang sama untuk hilangkan bau kucing.
“Cuma kena pastikan letak ubat jentik-jentik untuk elak jadi tempat pembiakan aedes,” tulis seorang pengguna yang memberi saranan tambahan.
“Sangat berguna untuk babu seperti saya…” tulis seorang lagi pengguna bergurau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Dahlia Rizal, baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan perkongsiannya di Instagram tentang perjalanan cintanya bersama suami tercinta yang juga pelakon, Imran...