Seorang rakyat Malaysia berkongsi dirinya menerima bayaran dengan harga yang tinggi ketika menjalani latihan industri di salah sebuah syarikat di Hong Kong.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram Malaysianpaygap, dia yang berbangsa Cina itu merupakan pelatih aktuari dari Malaysia yang kini sedang menjalani latihan industri di sebuah syarikat besar di sana dengan bayaran HKD 12,000 iaitu hampir RM7,000.
ARTIKEL BERKAITAN : Graduan ACCA Dijamin Kekal Jadi Rebutan Majikan! Akauntan Bertauliah Ini Kongsi Realiti Selepas Tamat Belajar
Dia memulakan langkahnya ke sana selepas berjaya mencatat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan telah ditawarkan peluang yang lebih baik oleh kerajaan Hong Kong.
Namun di sebalik gaji yang tinggi, dia berkongsi juga bukan mudah untuk bekerja di Hong Kong kerana budaya kerja di sana sangat pantas.
Selain itu, dia yang kini berusia 22 tahun itu turut menekankan kepentingan bahasa Mandarin, kerana banyak organisasi atau syarikat di sana mengharapkan kakitangan mereka berbahasa Mandarin dengan baik, walaupun tinggal di negara berbahasa Kantonis.
Pelajar itu menyarankan juga agar pelatih dan graduan baharu untuk belajar bersungguh-sungguh dan bekerja di luar negara untuk meluaskan pengalaman mereka.
Selain mengesyorkan sukatan pelajaran Malaysia perlu dikemas kini seperti di Hong Kong seperti memberi lebih perhatian kepada subjek sains seperti statistik dan kalkulus.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Malaysianpaygap