Dibedah Segera Gara-Gara Apendiks, Uyaina Mohon Doa Kesihatan Diri Dan Bayi

Share

Pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad dikejarkan ke hospital kelmarin apabila mengalami sakit perut yang keterlaluan sebelum disahkan mengalami masalah apendiks.

Dalam perkongsian menerusi akaun Instagramnya, isteri kepada Raja Syahiran ini menceritakan detik cemas apabila dia diserang sakit tersebut sehinga perlu dibawa ke hospital.

“Syafakillah Uyaina & Baby. Semalam Uyaina baru je kena bedah disebabkan apendiks. Saya sangat bertuah kerana apendiks tu belum pecah. Kalau tak, tak tahu lah.

“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat di sebelah bawah kanan perut. Sakit yang tak boleh bergerak. Kalau bergerak lagi sakit. Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk pemeriksaan. Doktor terus tahan di wad,” kongsinya.

Sejurus doktor selesai melakukan pemeriksaan, dia perlu melalui pembedahan untuk mengatasi mengelakkan masalah tersebut berlanjutan.

Ujarnya, “Alhamdullilah pembedahan semalam berlangung pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat di Hospital Pakar Avisena kerana menjaga Uyaina sebaik mungkin. Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat dan semoga bayi di dalam kandungan sihat. Kesian Baby, Aaminn.”

Uyaina yang kini sedang berada di trimester kedua kandungan berkahwin dengan cinta hatinya, Raja Syahiran pada 21 Disember 2020 yang lalu. Dia mengumumkan mengenai kandungannya kepada umum pada 2 April 2020.

BACA LAGI: “We Are Pregnant,” – Uyaina Arshad & Raja Syahiran Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

Untuk pengetahuan pembaca, menurut laporan Columbia Asia, rawatan yang biasa dilakukan untuk apendiks ialah dengan mengeluarkan apendiks tersebut. Kaedah ini agak ringkas dan pesakit boleh pulih dengan segera. Tetapi jika apendiks telah pecah, surgeri yang akan dilakukan agak rumit dan pesakit mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.

Apendisitis yang telah pecah tetapi tidak diberi rawatan dengan segera akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kuman di dalam darah. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, apendisitis yang melibatkan apendiks yang telah pecah boleh mengakibatkan maut.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

 

Published by
Fiezreen