“Diberi Elaun RM800, Baik Kerja McD”- Atlet Olahraga

Share

Seramai 21 atlet olahraga digugurkan daripada Program Podium dan Pelapis Kebangsaan bagi mengurangkan belanjawan Majlis Sukan Negara (MSN).

Peruntukan untuk Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) juga dipotong 50 peratus yang menyebabkan kesukaran kepada badan kebangsaan itu untuk merancang penganjuran kejohanan dan menghantar atlet ke luar negara untuk pendedahan.

Bagi atlet sepenuh masa dan menyumbang pingat buat negara pada setiap kejohanan yang disertainya, Rayzam Shah Wan Sofian terpaksa menerima hakikat apabila elaunnya turut merosot kira-kira 60 peratus.

Foto: Berita Harian

Jika sebelum ini beliau dibayar RM2,000 sebulan oleh MSN, kini atlet ini hanya diberikan sebanyak RM800.

“Kalau RM1,500 tak apa lagi, tapi kalau sudah jatuh sehingga RM800, saya pun terfikir-fikir mungkin lebih baik kerja lain sahaja yang berikan gaji lumayan… lebih baik kerja McDonald,” ujarnya.

Rayzam Shah Wan Sofian sebelum ini pernah memenangi pingat emas Sukan SEA 2007 dan 2017 melalui acara 110 meter lari berpagar. Beliau turut menyumbang pingat perak untuk Malaysia pada Sukan SEA 2019 di Filipina.

Foto: Astro Awani

Jelasnya lagi, beliau memang terkilan dengan pemotongan tersebut dan kadar sebegitu sudah pasti membuatkan atlet sepertinya berdepan cabaran untuk menjalani kehidupan harian.

“Saya harap MSN ada budi bicara untuk mempertimbangkan poto­ngan elaun ini kerana ramai atlet yang berjaya mengekalkan prestasi meskipun tanpa pingat emas,”

“Bagi saya, MSN perlu lebih telus dan ada budi bicara menilai prestasi atlet, tidak wajar pencapaian hanya dinilai berdasarkan pingat, bukan ­prestasi tahunan atau bahkan ­ranking di Asia,” tambahnya lagi.

Pemotongan elaun ini juga sedikit sebanyak menurunkan semangat atlet-atlet sekali gus memberi kesan kepada performance mereka. Diharap pihak MSN dapat mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman