Diberi Nama Puspa Kusuma Negara, Kostum Nasional Miss Supranational Indonesia 2022 Tarik Perhatian

Share

Dalam sesebuah pertandingan ratu cantik, segmen kostum nasional merupakan segmen yang menjadi perhatian ramai. Apatah lagi, menerusi segmen ini peserta boleh mempamerkan rekaan yang diinspirasikan daripada indentiti negara mereka.

Terbaharu, Yayasan Puteri Indonesia telah mempersembahkan kostum nasional yang akan digayakan oleh Adinda Creisheilla selaku Miss Supranational Indonesia 2022 yang akan bertanding di peringkat antarabangsa pada 15 Julai akan datang.

Adinda yang merupakan pemenang tempat ketiga pertandingan Puteri Indonesia 2022 telah diberikan gelaran Puteri Indonesia Pariwisata yang mana menerusi gelaran ini, dia secara automatik menjabat gelaran sebagai Miss Supranational Indonesia.

Memberi kejutan kepada pencinta dunia ratu cantik, Adinda tampil anggun dalam persalinan kostum nasional yang penuh dengan cantuman rangkaian bunga dengan warna merah jambu menjadi dasar kepada keseluruhan rekaaan.

BACA JUGA: Kisah Menyayat Hati Di Sebalik Kostum Nasional Miss Universe Singapura. Sarat Mesej Kekinian!

Kostum Nasional wakil Indonesia ini menyerlahkan aura grandeur sekaligus membawa suntikan kemewahan dan kekayaan alam semulajadi Indonesia. Diberi nama Puspa Kusuma Negara atau The Exquisite of Indonesia Flower

, kostum nasional ini merupakan hasil rekaan rumah fesyen Naranaia.

Kostum tersebut diilhamkan oleh keindahan bunga negeri di Indonesia iaitu bunga Melati sebagai bunga kebangsaan, bunga Orkid Bulan sebagai lambang pesona, dan bunga rafflesia yang merupakan bunga terpelihara.

Ada kisah menarik di sebalik penghasilan kostum ini. Seperti yang kita tahu Puteri Indonesia baru sahaja melabuhkan tirai, jadi pereka fesyen hanya memiliki masa yang singkat untuk membuat kostum nasional ini agar boleh di pakai Adinda di pentas Miss Supranational yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Dalam satu hantaran di Instagram Naranaia, mereka menyiapkan kostum ini dalam masa hanya 10 hari.

Setakat ini wakil Indonesia sudah tujuh kali berjaya bergelar semi-finalis di pentas Miss Supranational. Pencapaian tertinggi adalah menerusi perwakilan Jesica Fitriana pada tahun 2019 apabila dia berjaya memenangi tempat ketiga.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen