Diberi Peluang Kedua, Maria Fernanda Dimahkotakan Semula Sebagai Miss Universe Colombia 2022

Share

Pada tahun 2019, Maria Fernanda mencuba nasib buat kali pertama sebagai peserta pertandingan ratu cantik. Ketika itu, dia yang baru berusia 22 tahun berjaya memenangi pertandingan pertama di peringkat bahagian Quidao.

Menerusi kemenangannya itu, dia sekaligus melayakkan diri untuk bertanding di peringkat kebangsaan Senorita Colombia. Seperti yang pageant lovers tahu, wakil Colombia menerusi organisasi ini antara yang berprestasi tinggi di pentas Miss Universe.

Maria Fernanda saat dinobatkan sebagai Miss Unievrse Colombia 2022.

Saingan untuk memenangi gelaran Senorita Colombia sangat sengit. Rata-rata peserta memiliki pengalaman dan dilatih di bawah bimbingan jurulatih ratu cantik terkemuka. Takdir sudah tertulis, Maria Fernanda yang baru pertama kali mencuba berjaya mengalahkan 21 peserta lain.

Menerusi kemenanganya itu, dia akan mewakili Colombia dia pertandingan Miss Universe 2020. Walaupun begitu, nasib tidak menyebelahi gadis tinggi lampai ini apabila pada tahun tersebut organisasi Senorita Colombia telah terlepas lesen Miss Universe kepada organisasi baharu iaitu, Miss Universe Colombia.

BACA JUGA: Wanita Berhijab Wakili Malaysia Ke Pertandingan Miss Culture World International 2022

Ini sekaligus meranapkan impiannya untuk menjadi wakil negara kerana organisasi baharu itu mengambil keputusan untuk memilih wakil yang lain di bawah kelolan mereka sendiri.

Namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Akhirnya tahun ini, organisasi Miss Universe Colombia telah mengambil keputusan untuk memilih Maria Fernanda sebagai wakil negara yang baharu tanpa mengadakan sebarang pertandingan.

Direktor kebangsaan Miss Universe Colombia, Natalie Ackermann telah memutuskan untuk melantik María Fernanda sebagai Miss Universe Colombia 2022. Impian yang dihancurkan dua tahun lalu kini telah hidup kembali dan María Fernanda akhirnya bakal memulakan misinya memburu kejuaraan di Miss Universe.

Dalam sebuah majlis yang dihadiri oleh pencinta ratu cantik dan juga media. Miss Universe Colombia 2021, telah menyarungkan selempang Miss Universe Colombia 2022 kepada gadis berambut perang ini.

Ketika dimahkotakan sebagai Senorita Colombia 2020 pada tahun 2019.

Menerusi laporan Missosology, Natalie Ackermann mengakui apa yang apa yang diatur bukanlah keputusan yang mudah. Dia terpaksa menunggu maklum balas organisasi Señorita Colombia yang memastikan María Fernanda tidak mempunyai kontrak aktif atau tersekat dek perihal undang-undang.

Dan paling penting, Maria Fernanda harus bersedia kembali untuk berlatih kerana ketika ini dia tidak lagi menceburi mana-mana pertandingan ratu cantik selain menumpukan kepada kerja dan juga pelajarannya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kredit foto: Instagram Maria Fernanda

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Fiezreen