Lawat 4 ‘Spot’ Matahari Terbenam Selepas Langkawi Dibuka 16 September Ini

Share

Ini ada satu berita baik untuk korang yang ingin bercuti setelah sekian lama terkurung di rumah.

Sebelum ini, REMAJA pernah berkongsi info tentang ura-ura individu yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 akan dibenarkan bercuti di Langkawi pada September kan?

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis bagi program Gelembung Pelancongan untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini.

Manakala, destinasi pelancongan yang lain pula akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti telah mencapai  80 peratus.

 

Ismail berkata demikian dalam satu kenyataan, memetik ciapan ringkas Bernama hari ini.

So, REMAJA nak ajak korang untuk melihat 4 lokasi matahari terbenam lain di Langkawi yang wajib dikunjungi.

Tanjung Rhu Beach

Terletak di utara Pulau Langkawi, Tanjung Rhu bukan lagi lokasi baru untuk pelancong dalam dan luar negara melihat pemandangan Selat Melaka serta pulau-pulau kecil dari tepi pantai.

Ia tidaklah terlalu sesak dengan kehadiran pelancong seperti yang korang selalu alami di Pantai Cenang. Jadi masa matahari terbenam di sini sememangnya tenteram dan romantik!

 

Telaga Harbour Boardwalk

Kawasan ini persis berada di destinasi luar negara seperti Monaco disebabkan oleh kehadiran jeti dan kapal-kapal mewah peribadi. Terletak di Pantai Kok, Telaga Harbour Boardwork agak ‘sibuk’ menjelang waktu senja kerana pelancong gemar untuk ke restoran dan bar di sini bagi menikmati pemandangan matahari terbenam.

 

Tengah Beach

Satu lagi lokasi yang tidak terlalu popular seperti Pantai Cenang, penulis sendiri pernah ke sendiri untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Dengan keluasan pantai bersih kira-kira 700 meter, korang pastinya akan enjoy formasi batuan di tepi pantai yang boleh dipanjat demi OOTD di Langkawi. Snap away guys, sinaran mataharinya memang indah.

 

Langkawi Lagoon

Ini adalah salah satu kawasan tanjung yang paling romantik di Pulau Langkawi kerana pemandangan dan struktur binaan rumah kayu milik resort Langkawi Lagoon.

Ramai juga pelancong yang ke sini dengan membawa bakul piknik. Korang juga boleh melawat warung-warung BBQ yang ada berhadapan dengan kawasan pantai.

*

Kalau korang lebih hendak feeling macam pergi ke Bali. haa ini itenarari di Pulau Pinang yang pernah REMAJA kongsikan..

 

Published by
Nana