Siapa tidak kenal dengan jenama mewah Gucci, setiap pencinta fesyen pasti mendambakan untuk memiliki barangan dari jenama mewah asal Itali ini.
Disebalik kegemilangan nama sebagai jenama fesyen berpengaruh, baru-baru ini dunia fesyen digemparkan apabila cucu kepada pengasas jenama ini Alexandra Zarini telah memfailkan saman terhadap bekas bapa tirinya, Joseph Ruffalo serta ibu dan neneknya, Patricia Gucci dan Bruno Palombo.
Dalam pertuduhan itu, Alexandra turut menyatakan bahawa kejadian yang berlaku lebih 15 tahun bermula dari dia berumur enam tahun cuba ditutup oleh kedua ibu dan neneknya, dalam satu hantaran video di saluran Youtube, Alexandra Gucci Children’s Foundation.
Dalam hantaran video tersebut juga Alexndra menegaskan, “Dia lantang dalam hal ini kerana ketika dia masih kecil tiada siapa yang melindungi dan juga menyelamatkannya, bahkan tiada sesiapa yang mengambil tindakan terhadap perkara tersebut.
Sekali kanak-kanak dicabul mereka akan berasa malu untuk bersuara kerana takut dihakimi dan dipandang serong, sebenarnya bukan mereka yang patut dipandang jelik sebaliknya pemangsa dan orang sekeliling yang tidak berupaya melindungi mangsa sepatutnya dihakimi.”
Wanita berusia 35 tahun ini turut berkongsi yang dia terjebak dengan penyalahgunaan dadah ketika zaman remajanya bagi mengatasi trauma dan lari dari realiti bahawa dia dicabul berulang kali.
Menerusi yayasan yang ditubuhkan, waris kepada empayar Gucci ini memberikan mesej untuk membantu sesiapa sahaja yang melalui kejadian hitam sepertinya dan terus mahu berusaha untuk melindungi kanak-kanak yang dicabul dan didera secara seksual.
***P/S – Untuk pembaca Remaja jika anda mengalaami perkara seperti ini atau tahu orang di sekeliling anda didera secara seksual, berikut adalah beberapa pertubuhan dan talian yang boleh anda hubungi seperti TELEDERA 1 800 88 3040 dan BEFRIENDERS 03-7627 2929. Dapatkan pertolongan dan jangan menyalahkan diri sendiri.