Pelakon, Aniq Suhair bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menuduhnya menghamilkan seorang wanita dan menggesa menggugurkan kandungan itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Suhair Jadi Perhatian, Ini 10 Fakta Menarik Hero Drama Sekali Lagi Cinta Kembali
Aniq dalam satu kenyataan berkata, dia menyerahkan kepada peguamnya berhubung isu berkenaan dan menyifatkan tuduhan itu mencalar reputasinya.
“Saya sedia maklum dengan apa yang sedang tular di media sosial dalam beberapa hari ini. Saya juga ingin menyatakan bahawa dakwaan yang dilemparkan adalah satu tindakan yang berniat jahat untuk merosakkan reputasi dan nama baik saya.
“Saya sudah mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi hak dan menjaga nama baik saya dan keluarga, termasuklah memulakan tindakan saman.
“Atas nasihat peguam, saya tak dapat beri komen lanjut kerana ia akan menjejaskan proses undang-undang. Saya juga akan membuat laporan polis dalam masa terdekat. Terima kasih,” katanya dalam kenyataan itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang pelakon lelaki.
Dia turut mendakwa pelakon itu tidak mahu bertanggungjawab dan menggesa supaya kandungan itu digugurkan.
Sekadar info, nama Aniq menjadi perhatian apabila ada memberi bayangan pelaku adalah pelakon lelaki yang sedang dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Aniq Suhair, Harian Metro