Kebanjiran kepelbagaian restoran di pusat membeli belah sudah tentu membuatkan sesetengah dari kita amat teruja mencuba resipi baru. Dengan ‘promosi’ hebat ditambah sudah lama terperuk dirumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sudah tentu kita semua ingin ‘dine in’ di restoran kegemaran.
Bahkan, restoran makanan dan minuman dari Jepun antara yang sering mendapat perhatian daripada masyarakat di Malaysia, khususnya kepada anak muda. Lambakan produk makanan Jepun, sushi terutamanya membuatkan kita rambang mata dengan seleksi pilihan yang ditawarkan.
Namun begitu, bagi masyarakat yang beragama Islam, kita seharusnya memastikan terlebih dahulu sama ada produk makanan atau minuman yang dijual itu halal atau tidak.
Bukan semua restoran dan kedai makanan di pasar raya menyediakan makanan Halal dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyemak status halal terlebih dahulu.
Menurut satu hantaran yang dibuat oleh pengguna Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Emma Azri mendedahkan dia dimaklumkan oleh pekerja sebuah restoran makanan Jepun di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Shah Alam untuk tidak masuk kerana menu mereka mengandungi daging terlarang iaitu daging khinzir.
Baca perkongsian beliau di bawah :
Rentetan daripada isu yang viral ini, pihak Sushi Jiro melalui Facebook rasminya sebantar tadi mengeluarkan kenyataan ringkas yang menafikan dakwaan tersebut.
“Kami ingin menjelaskan bahawa premis kami adalah bebas dari (menghidang) daging babi). Mengenai maklumat palsu berkenaan, kami akan menjalankan siasatan. Terima kasih.”
Walaupun membuat kenyataan sedemikian, rata-rata warganet tetap menyatakan bebas daging khinzir dan mendapat pensijilan HALAL adalah dua perkara yang berbeza. Malah ada juga yang persoalkan penggunaan ‘mirin’ dalam penyediaan menu di restoran tersebut.
Untuk info, mirin adalah sejenis bahan perasa penting didalam makanan Jepun yang mempunyai lebih kurang 40 hingga 50 peratus gula. Ia adalah sejenis rice wine yang hampir menyamai sake (sejenis arak beras Jepun), tetapi mempunyai kandungan alkohol yang kurang sedikit iaitu 14 peratus.
Ha, bagi peminat sushi sila ambil perhatian. Sebelum korang rasa nak makan tu, cuba check dahulu sama ada restoran tersebut mempunyai status halal atau tidak okay? Banyak je option kedai sushi yang halal kat luar sana. Semoga kita terhindar dari fitnah duniawi..
Sumber: Facebook Emma Azri, Facebook Sushi Jiro