Bertemu setiap hari dan bekerja bersama kadang kala boleh membuahkan bibit-bibit cinta bagi lelaki dan wanita walaupun sudah berumah tangga.
Terkadang bukanlah kerana paras rupa, tapi kerana karisma atau perwatakan si dia. Hal ini mungkin apa yang berlaku pada ahli kumpulan Sabyan Gambus ini.
Nissa Sabyan atau nama sebenarnya Khoirunnisa, pernah menjadi satu fenomena di Malaysia serta negara asalnya, Indonesia dek kerana suara merdu dan lagu-lagu dendangannya yang berunsurkan kerohanian. Namun, ada berita yang tidak sedap didengari dari penyanyi berusia 22 tahun ini apabila dia dikatakan bermain cinta bersama suami. Skandalnya itu juga dikatakan merupakan anggota kumpulannya sendiri iaitu pemain keyboard kumpulan tersebut, Ayus.
Terbaru memetik laporan Insertlive, Ayus atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz dan Ririe dilaporkan sah bercerai di sebuah mahkamah di Jakarta semalam selepas lapan tahun berkahwin.
Ads
Bagaimanapun menerusi laporan sama, Ayus tidak menghadiri prosiding mahkamah bagi perbicaraan kes penceraian tersebut.
Ads
Ketika ditemui media, Ririe berkata dia dan bekas suami berpisah dengan cara baik serta tenang menerima status baru sebagai ibu tunggal dengan mendapat hak penjagaan anak-anak.
Ads
Malah, wanita berusia 29 tahun itu tidak menghalang anak-anaknya yang bernama Bian dan Ben untuk bertemu dengan bekas suami apabila mereka mahu.
Hmm…Jatuh cinta tu tak salah asalkan tak jatuh cinta pada suami atau isteri orang sudah lah…Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Populariti yang dimiliki oleh francais filem Marvel pada waktu ini membuatkan ramai pelakon terkenal antarabangsa yang ingin sekali melibatkan diri sebagai salah satu karakter baharu yang akan muncul dalam filem akan datangnya.
Nampaknya, selebriti paling ‘latest’ yang disahkan akan menyertai keluarga besar Marvel Cinematic Universe selepas ini ialah penyanyi dan pelakon Dunkirk, Harry Styles!
Mengikut laporan New York Post, karakter Harry rupa-rupanya telah diperkenalkan dalam babak ‘post credit’ filem Marvel yang baru saja memulakan tayangan perdana di New York iaitu The Eternals.
Khabar angin itu bertambah kencang apabila wartawan Variety, Matt Donnelly yang sempat menghadiri tayangan perdana The Eternals mengesahkannya menerusi ciapan berbunyi, “Pendedahan besar daripada tayangan perdana #TheEternals – – Harry Styles telah menyertai MCU sebagai Eros, adik kepada Thanos.”
Big reveal from #TheEternals premiere — Harry Styles has joined the MCU as Eros, brother of Thanos.
Thanos digambarkan sebagai musuh terhebat The Avengers setelah dia melenyapkan separuh daripada populasi penduduk dunia dalam filem Avengers: Endgame termasuklah beberapa watak penting MCU seperti Iron Man, Black Widow, Vision dan – well – dirinya sendiri.
Jadi, pengenalan Eros ini akan menjadikan jalan cerita MCU selepas ini lebih menarik untuk ditonton.
Ramai yang tertarik untuk melihat sama ada Harry perlu memakai peralatan teknologi khas seperti yang pernah dipakai oleh pelakon Thanos, Josh Brolin dahulu.
Mungkin sekali tidak memandangkan watak Eros sebenarnya kelihatan lebih mirip sebagai manusia berbanding adik-beradiknya (walaupun hakikatnya dia bukan manusia).
Dan berbeza denganThanos, Eros ialah watak protagonis dan pernah satu ketika dulu menjadi ahli Avengers.
Sekiranya khabar angin ini benar, ia bakal menjadi filem lakonan Harry kedua setelah dia muncul dalam filem peperangan, Dunkirk pada tahun 2017.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada beberapa faktor yang sangat penting untuk sebuah filem seram menjadi sebuah karya yang boleh diangkat sebagai sebuah filem yang baik. Pertama, ia perlulah mempunyai plot yang baik yang boleh buatkan kita sentiasa tidak senang duduk. Kedua, filem seram yang baik perlu ada babak-babak menakutkan tidak kiralah dari segi visual atau pun audio. Ketiga, ia perlu ada barisan pelakon yang baik disertakan dengan karakter yang dikembangkan agar kita ada rasa ambil berat terhadap mereka.
Bagi penulis, jika tiga perkara ini lengkap atau berada di tahap yang baik ia sudah cukup untuk meletakkan filem seram itu sebagai karya yang baik.
Agak sayang kerana ‘Behind The Walls’, filem yang diarahkan oleh dua adik-beradik iaitu James dan Jon Kondelik agak kekurangan tiga perkara di atas. Ia sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah filem yang menarik. Premisnya tentang sebuah keluarga baru berpindah ke sebuah rumah usang merupakan plot yang selalu kita jumpa dalam genre ini.
‘Behind The Walls’ mengisahkan Kathy Harper, seorang ibu tunggal yang membawa tiga orang anaknya iaitu Micahel dan pasangan kembar, Derry dan Kerry berpindah ke sebuah rumah baru disebabkan sebuah kejadian silam. Perpindahan yang tidak diceritakan dengan jelas itu turut dirahsiakan Kathy daripada anak-anaknya.
Namun apa yang mereka tidak tahu, rumah tersebut mempunyai ‘penunggu’ misteri yang berupa satu makhluk yang agak pelik. Pada awalnya kita tidak ditonjolkan dengan kemunculannya; cuma dimomokkan dengan usikan manja terhadap pasangan kanak-kanak kembar dan bunyi pelik di belakang dinding.
Kisah silam yang menghantui Kathy kembali menghantuinya dengan kemunculan abang iparnya yang ingin mengambil anak-anaknya. Dan di sinilah bermula keganasan yang ditonjolkan oleh penunggu di dalam rumah.
Antara kekurangan utama filem ini ialah skripnya yang agak straight forward dan karakternya yang seolah tiada chemistry antara satu sama lain. Plotnya juga kadangkala agak bercelaru dan sukar difahami.
Walau bagaimanapun buat peminat filem seram, korang mungkin boleh menonton filem ini jika inginkan satu kelainan. Apa yang pasti ia cukup menghiburkan kami… cuma dari sudut yang jauh berbeza.’Behind The Walls’ akan mula ditayangkan di pawagam bermula pada 2 Februari 2018 di seluruh negara.
Rating: 2/5
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Filem muzik animasi Trolls muncul dengan sekuel terbaru, Trolls World Tour yang membariskan selebriti ternama seperti Anna Kendrick, Justin Timberlake, J Balvin, Rachel
Bloom, Flula Borg, Kelly Clarkson, James Corden, Ozzy Osbourne, Anderson Paak, George Clinton, Mary J. Blige sebagai pelakon alih suara.
Diarahkan oleh Walt Dohrn, Sambungan filem “Trolls” ini berkisarkan tentang Queen Poppy dan Branch yang menemui beberapa dunia Trolls yang baharu. Setiap satu daripadanya mempunyai genre muzik yang berbeza. Namun satu ancaman misteri menyebabkan Poppy, Branch dan rakan-rakan mereka perlu menjelajah ke tempat baharu demi menyatukan semua Trolls untuk menentang ancaman tersebut.
Berita baik buat peminat Kpop, Red Velvet juga dikatakan bakal membuat kemunculan dalam filem Trolls World Tour ini.
Filem pertama Trolls mendapat ulasan positif daripada pengkritik dan berjaya mengutip $344 juta di seluruh dunia. Adakah Trolls World Tour sekali lagi mencatat kutipan box office bagi meneruskan kejayaan siri animasi ini? Saksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 12 Mac 2020 di seluruh pawagam tanah air.
Tapi macam biasa, Remaja nak berikan korang peluang untuk menjadi antara yang pertama menonton Trolls World Tour dengan menyertai peraduan #WayangRemaja untuk mendapatkan sepasang tiket ke tayangan perdana yang akan diadakan pada:
Tarikh: 10 Mac 2020 Masa: 8.30 malam Lokasi: MBO Starling
Korang hanya perlu menjawab soalan mudah di bawah ini dan pemenang akan diumumkan melalui DM di Instagram. Peserta yang menyertai peraduan ini perlulah yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang bagi memudahkan proses pengambilan tiket.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...