Bertemu setiap hari dan bekerja bersama kadang kala boleh membuahkan bibit-bibit cinta bagi lelaki dan wanita walaupun sudah berumah tangga.
Terbaru memetik laporan Insertlive, Ayus atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz dan Ririe dilaporkan sah bercerai di sebuah mahkamah di Jakarta semalam selepas lapan tahun berkahwin.
Bagaimanapun menerusi laporan sama, Ayus tidak menghadiri prosiding mahkamah bagi perbicaraan kes penceraian tersebut.
Ketika ditemui media, Ririe berkata dia dan bekas suami berpisah dengan cara baik serta tenang menerima status baru sebagai ibu tunggal dengan mendapat hak penjagaan anak-anak.
Malah, wanita berusia 29 tahun itu tidak menghalang anak-anaknya yang bernama Bian dan Ben untuk bertemu dengan bekas suami apabila mereka mahu.
Hmm…Jatuh cinta tu tak salah asalkan tak jatuh cinta pada suami atau isteri orang sudah lah…Betul tak?