Didakwa Selit Babak ‘Panas’, Novel Nukilan Pelajar IPTA Dikecam Netizen

Share

Walaupun remaja dan generasi masa kini lebih cenderung kepada gadget dan media sosial tapi masih ada yang masih ‘setia’ dan minat membaca novel.

Sejak dahulu lagi, novel sudah sebati dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka membaca novel yang berunsur cinta.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Drama Adaptasi Novel Yang Pernah Digilai Netizen

Gambar Hiasan Via Pexels

Namun begitu, baru-baru ini tular  di media sosial berkenaan sebuah novel didakwa nukilan anak muda berumur 23 tahun yang mengandungi babak berahi. Malah, perkara ini telah mendapat kecaman hebat netizen.

Novel ada babak berahi

Novel tersebut berkisar tentang seorang gadis baik, ceria dan peramah yang dikenali sebagai Nur Nadia berumur 20 tahun telah disatukan oleh Tengku Adrian Haris yang merupakan seorang usahawan yang bengis, kejam dan mafia yang digeruni. Menurut sumber, mereka telah disatukan bukan atas dasar cinta.

Jadi sepanjang perjalanan kisah novel tersebut, terselit babak-babak rogol serta babak berahi dan ianya telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan meraih lebih daripada 4,400 jumlah retweets dalam masa 3 hari.

 

Mengikut info yang diterima, penulis novel tersebut dikatakan seorang siswazah berumur 23 tahun yang menuntut pengajiannya di sebuah IPTA di Bangi, malah difahamkan penulis novel tersebut merupakan pelajar dari Fakulti Pengajian Islam.

Ini kerana menurut seorang netizen, istilah yang digunakan itu tidak boleh digunakan sesuka hati kerana ia menunjukkan rasa trauma untuk segelintir orang dan tak patut dibiasakan.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna Twitter menyatakan bahawa ia adalah satu perkara yang membimbangkan kerana novel tersebut dibaca oleh ramai golongan muda yang masih di peringkat sekolah.

Malah dia juga menegur kepada mana-mana pihak penerbit untuk lebih bertanggungjawab dalam mengenalpasti cerita-cerita yang bakal diterbitkan. Selain itu, ramai netizen mengkritik hasil nukilan tersebut dan tergamam apabila membacanya.

Permohonan maaf secara terbuka oleh pihak penerbit

Berikutan dengan penularan kes itu, pihak penerbit telah tambil membuat permohonan maaf secara terbuka, mereka juga menafikan bahawa tiada niat untuk meletakkan sebarang elemen child grooming dalam novel tersebut.

Mereka juga menyatakan bahawa suntingan telah dibuat, malah tidak menyangkan istilah tersebut telah membawa konteks pemahaman yang berbeza oleh pembaca, bahkan pihaknya telah menghentikan penjualan novel ini serta merta. Penulis novel tersebut juga telah mengaku bersalah dan akan menambah baik penulisannya dalam keluaran novel akan datang

Hmm…moga perkara ini menjadi pengajaran kepada semua penulis, editor dan publisher agar lebih berhati-hati apabila berkarya.

Sumber : Twitter 

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Published by
Nana