Ura-ura yang mengatakan Apple bakal memperkenalkan model telefon pintar terbaru iaitu iPhone 12 dalam masa terdekat semakin kuat berterbangan.
Maklum sajalah, ia merupakan di antara telefon pintar yang paling dinanti-nantikan bagi tahun 2020. Pelbagai khabar angin yang kononnya ingin membongkar rahsia produk ini telah dispekulasikan terutamanya di media sosial.
Pada peringkat awal, iPhone 12 dikatakan akan muncul seawal bulan September. Namun disebabkan situasi pandemik Covid-19 semasa, tarikh pengeluarannya mungkin akan dianjak sehingga Oktober ataupun November
Jom lihat beberapa update terbaru yang hangat diperkatakan.
Jika dahulu, segala aksesori telefon pintar dipakejkan sekali di dalam kotak iPhone. Namun mulai keluaran iPhone 12 ini, besar KEMUNGKINAN pihak Apple tidak lagi akan menyertakan pengecas bateri (charger) bersama setiap pembelian.
First EarPods, now charger. Urgh.
Apa yang kami dengar, alasan di atas keputusan ini adalah kerana kebanyakan bakal pembeli iPhone 12 merupakan pengguna setiap telefon pintar Apple dan mereka telahpun mempunyai charger sedia ada.
Kami masih tertanya-tanya sekiranya wayar kabel USB-C akan dibekalkan di dalam pek kotak.
Tanpa membekalkan EarPods dan charger
, pek kotak iPhone 12 kelak akan bertambah nipis. Katanya, ia juga bukan seperti kotak terdahulu. Kali ini, Apple akan mereka cipta kotak yang lebih eksklusif dan kelihatan istimewa.
Jadi, suka atau tidak kita terpaksa membeli charger iPhone 12 secara berasingan. Namun khabar angin mengatakan bahawa charger terbaru keluaran Apple ini akan diubah baik dengan adapter 20-watt yang membolehkan pengecasan yang lebih pantas.
iPhone 12 bakal menawarkan warna terbaru dalam rangkaiannya. Kami akui, warna baru biru tua (navy) ini memang seksi!
Korang juga pastinya akan menyukai teknologi LiDAR sensor terbaru pada iPhone 12. But first, what is that?
LiDAR ataupun Light Detection and Ranging secara ringkasnya adalah laser yang digunakan untuk menentukan jarak dan kelebaran. Ia seakan scanner yang dipancarkan daripada telefon pintar. Namun korang tidak akan dapat melihat cahaya laser tersebut kerana ia pantas diproseskan.
LiDAR sebelum ini diketahui umum digunakan untuk kapal terbang dan ketenteraan. Hanya baru-baru ini, LiDAR diperkenalkan kepada industri gajet seperti telefon pintar.