
Jika sebelum ini Didi & Friends menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa menerusi lagu Mengantuknya Mumia, kini siri kartun kelahiran Malaysia ini turut menukar lirik sempena Ramadan.
Masih mengekal rentak Mengantuknya Mumia, pihak pengurusan mereka hanya menukar lirik bersesuaian dengan bulan Ramadan ini.
Baru sahaja dilancarkan tiga hari lalu di YouTube, Laparnya Mumia sudah menerima lebih daripada 1 juta tontonan.
Wah, memang hebat!
Lagu ini menerima respon positif netizen di laman rasmi Facebook Didi & Friends Malaysia, malah komen-komen mereka juga dibalas sporting oleh Didi. Hiks!
Tak sabarnya nak dengan lagu raya Mumia pula lepas ni. Hehe!
Arah Rusia Serang Ukraine, Kenali Siapa Vladimir Putin Sebelum Menjadi Presiden

Seperti yang diketahui umum, negara Rusia dan Ukraine sedang berdepan dengan keadaan yang sangat gentir sekarang. Bagai tiada jalan penyelesaiannya, serangan demi serangan saling dilakukan oleh kedua-dua pihak disana.

Malah beberapa siri letupan dilapor berlaku di Ukraine hari ini setelah presiden Russia iaitu Vladimir Putin mengistiharkan perang terhadap negara tersebut.
Jangan di buat main Vladimir Putin ini atau nama penuhnya Vladmir Vladimirovich Putin.
Jom kita kenali serba sedikit tentang Presiden Rusia ini.
Beliau dilahirkan pada 7 October, 1952 di Leningrad, Russia dan kini berusia 70 tahun. Sebelum menceburkan diri dalam dunia politik seterusnya menjadi Presiden Rusia, beliau merupakan pegawai perisikan (1999-2008) sebelum menjadi ahli politik yang berkhidmat sebagai presiden (2012-kini).
15 Tahun Sebagai Pegawai Perisikan
Menurut laporan Britainnica, Vladimir Putin telah berkhidmat selama 15 tahun sebagai pegawai perisikan asing di KGB, agensi perisikan asing dan keselamatan domestik Kesatuan Soviet. Ketika tahun 1990, beliau telah bersara daripada KGB dengan pangkat Leftenan Kolonel.

Seterusnya, beliau dinamakan sebagai presiden pada tahun 1999 dan ketika itu perlembagaan Russia telah mengehadkan tempoh perkhidmatan presiden kepada dua penggal berturut-turut.
Disebabkan itu, setelah penggal kedua berakhir pada tahun 2008, beliau berkhidmat pula sebagai perdana menteri. Namun, pada tahun 2012, beliau berkhidmat semula sebagai presiden.
Pada Januari 2020, lebih kurang dua tahun yang lalu, beliau telah merangka perlembagaan baru supaya akan kekal sebagai presiden selama dua penggal lagi.
“Ia dimasukkan dalam pakej pindaan yang telah diluluskan oleh perundangan Russia dan pengundi dalam referendum kebangsaan pada Julai tahun semasa,” lapor Britannica.
Untuk makluman, Putin merupakan pelajar jurusan undang-undang di Universiti Negeri Leningrad dan tutornya adalah Anatoly Sobchack yang merupakan salah seorang ahli politik reformasi terkemukan pada zaman perestroika.
Oooo….baru tahu Putin ini seorang perisik dulu, patut la berhati kental lancar perang.
Sumber: Britannica
Lambda, Varian Baharu COVID-19 Yang Lebih Mudah Berjangkit & Kuat, DG Hisham Sahkan

Lepas satu, satu varian yang muncul di muka bumi ini yang mengancam nyawa manusia. Baru-baru ini tular mengenai isu kemunculan Covid-19 yang diklasifikasikan sebagai jenis varian yang baru, di luar negara.
Negara yang dikesan varian baharu yang dikenali sebagai Lambda disahkan ditemui di Amerika Syarikat, Peru dan Jepun .

Kenyataan ini turut disahkan oleh Tan Sri Dr Noor Hishahm Abdullah menerusi laman Facebook beliau yang memaklumkan varian ini lebih mudah berjangkit serta lebih kuat dalam melawan imuniti individu yang sudah divaksin.
Kes ini mulai dikesan di Jepun pada seorang wanita di lapangan terbang Haneda yang baru sahaja tiba pada Peru pada 20 Julai lalu. Wanita berkenaan walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang simptom pada ketika itu.

Difahamkan Peru muncul sebagai negara terawal yang hadir dengan varian Lambda pada Disember lalu sebelum mulai tersebar ke Amerika Syarikat dan Jepun.
Hal ini menyebabkan orang ramai dari seluruh negara berasa gelisah dan resah, dengan kemunculan virus dalam kelas yang baharu ini.
Apa-apapun stay safe dan kekal duduk dirumah jika tiada keperluan untuk keluar walaupun sudah lengkap dua dos vaksin Covid-19.
Brad Pitt Teragak-Agak Untuk Hadir Ke Sambutan Hari Jadi Jen?

Jika kamu penggemar Jennifer Aniston dan Brad Pitt, pasti kamu tahu akan kehadiran bekas suami kepada Jennifer Aniston ini ke majlis sambutan hari jadinya yang ke 50 tahun. Berita ini bukan saja menggegarkan Hollywood, malah peminat mereka berdua di seluruh dunia!
Malam sambutan Aniston yang ke 50 itu dihadiri oleh selebriti terkenal antaranya John Mayer, Katy Perry, Sandra Bullock, Reese Witherspoon, Kate Hudson dan ramai lagi. Rata- rata paparazzi yang berhimpun di luar Sunset Tower Hotel terkejut apabila kereta Brat Pitt berhenti di lobby hotel pada malam tersebut.
Menurut sumber, Jen sebenarnya terkejut dengan kehadiran Brad Pitt ke majlisnya selain daripada terharu melihat insan yang begitu bermakna dalam hidupnya. Sumber juga menyatakan bahawa Brad sebenarnya teragak-agak untuk datang ke majlis tersebut setelah dijemput Jen. Tapi, akhirnya Brad tidak peduli dengan pandangan umum dan terus ke majlis tersebut dan telah menjadi perhatian ramai.
Sebenarnya, mereka berdua ini telah bertukar email dan teks sejak Brad bercerai dengan Angelina Jolie. Walaupun status Jendan Brad sebagai janda dan duda hampir 15 tahun, ia tidak langsung menghalang hubungan baik antara mereka.
Jen banyak memberi nasihat ketika Brad bercerai Angelina 3 tahun lalu. Begitu juga ketika Jennifer bercerai dengan suami keduanya Justin Theroux, tahun lalu.
Sumber mengatakan hubungan mereka berdua kian akrab di mana mereka berbual menerusi telefon berjam lamanya, dan bertemu secara rahsia sejak tahun lepas. Ini antara sebab mengapa bekas isteri Brad Pitt itu menjemputnya ke majlis hari jadi.
Dia juga telah memberi hadiah sebelum majlis berlangsung. Wow, sweetnya!
Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005 kerana Brad dikatakan curang dengan Angelina Jolie ketika pengambaran filem Mr and Mrs Smith, yang juga telah diceraikan.
Dalam masa yang sama, Jen mengakhiri zaman jandanya pada tahun 2015 dengan Justin Theroux yang juga berakhir dengan penceraian.
Mungkin Jen dan Brad ni sesuai jadi BFF je kot. Kalau mereka berdua ni get back together pun REMAJA happy je. Cuma Uncle Brad jangan buat perangai lagi lah. Hiks!