Didi & Friends Lancar Lagu Laparnya Mumia, Baru 3 Hari Raih Lebih Daripada 1 Juta Tontonan

Share

Jika sebelum ini Didi & Friends menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa menerusi lagu Mengantuknya Mumia, kini siri kartun kelahiran Malaysia ini turut menukar lirik sempena Ramadan.

Masih mengekal rentak Mengantuknya Mumia, pihak pengurusan mereka hanya menukar lirik bersesuaian dengan bulan Ramadan ini.

Baru sahaja dilancarkan tiga hari lalu di YouTube, Laparnya Mumia sudah menerima lebih daripada 1 juta tontonan.

Wah, memang hebat!

Lagu ini menerima respon positif netizen di laman rasmi Facebook Didi & Friends Malaysia, malah komen-komen mereka juga dibalas sporting

oleh Didi. Hiks!

Tak sabarnya nak dengan lagu raya Mumia pula lepas ni. Hehe!

Published by
Noor Ain Norman