Memiliki bentuk tubuh badan yang cantik kadangkala dianggap untuk kecantikan semata tapi hakikatnya ia memberi gambaran bahawa seseorang amat memetingkan kesihatan fizikal.
Siapa je yang tak ingin memiliki bentuk tubuh badan cantik seperti K-pop idols atau pelakon Korea, bukan? Mereka semmangnya sangat terkenal dengan pelbagai teknik dan cara penjagaan diet. Tidak salah mempunyai impian untuk memiliki tubuh badan yang cantik tetapi biarlah dengan cara yang betul
Jangan amalkan diet melampau dan esktrem hingga boleh memberikan kesan buruk buat kamu. Apakah rahsia diet yang diamalkan oleh selebriti terkenal Korea yang sering mendapat perhatian ramai?
Kali ini Remaja ingin kongsikan rahsia 4 aktres dan diet yang mereka amalkan untuk mengekalkan tubuh badan yang cantik. Ingin tahu apakah rahsia mereka? Jom sama-sama kita ikuti!
Song Hye Kyo & Makanan Antioksidan
Semakin meningkat umur semakin cantik Song Hye Kyo! Tidak salah Remaja katakan aktres popular menerusi drama ‘Descendats of the Sun’ ini memang tidak puas untuk kita tengok. Bukan sahaja wajah yang cantik, senyuman menawan tetapi bentuk badannya juga maintain sejak dari dulu sampai sekarang. Nak tahu apa yang dia suka makan.
Isteri aktor Song Joong Ki ini gemar memakan buah beri, tomato, coklat pahit, ikan tuna dan sayuran hijau. Antioksidan yang kaya dalam makanan tersebut berfungsi penangkis ejen penuaan. Dia juga dikatakan amat pantang dan mengelak untuk meminum minuman berkarbonat. Dan kegiatan senaman pilihannya pula ialah yoga dan kick boxing!
Bae Suzy Elak Makan Selepas Jam 6 Petang
Pencinta K-pop terutamanya grup Miss A, pasti kenal dengan aktres yang pernah dinobatkan sebagai antara wajah tercantuik di Korea iaitu Bae Suzy. Juga popular menerusi drama ‘Dream High’, Suzy sering dijadikan penanda aras bagi kecantikan wanita di Korea. Suatu ketika dahulu badannya agak berisi namun dengan kesungguhanya dia berjaya mendapatkan bentuk badan yang baik.
Dalam satu temubual radio, Suzy pernah berkongsi bahawa dia akan memakan makanan berkalori rendah dan ia perlu diambil sebelum jam 6 petang. Antara pilihannya sepotong dada ayam bakar, salad sayur, nasi beras perang dan ubi keledek.
Aritkel Berkaitan: Ini 4 Sumber Semulajadi Mampu Kurangkan Kehitaman Ketiak
Yoon Eun Hye Berkaya Turunkan Berat Badan Dengan Diet Pilihan
Sekali imbas kita pasti tidak menyangka pelakon yang pernah popular dengan drama ‘Princess Hours’ ini pernah memiliki berat badan 54 kg. Tampil dengan ketinggian 168 cm, ia dianggap cukup sesuai dengan berat ideal. Akan tetapi terdapat penumpuan lemak di bahagian tertentu di badannya membuatkan Yoon Eun Hye berasa tidak selesa.
Jadi, dia mendapatkan bantuan daripada pakar nutrisi untuk menjalani diet rendah kalori. Menu diet rendah kalori pilihannya ialah ayam dan sayur. Biasanya ia tidak dimasak dengan rasa terlalu pedas, manis atau masin. Untuk hidangan sampingan dia memilih tomato ceri dan air mineral. Hasil diet ini, Yoon Eun Hye berjaya menurunkan berat badannya kepada 48 kg tanpa sebarang kesan buruk!
Diet Rendah Karbo Buat Jang Nara Awet Muda
Pada tahun ini usia Jang Nara bakal mencecah 37 tahun! Tapi lihatlah sahaja wajahnya yang sangat comel itu. Nampak seperti lebih muda 15 tahun daripada usia sebenarnya. Malah, dia juga berjaya mengekalkan bentuk badan sejak dari awal pembabitannya dalam dunia lakonan sehingga kini. Namun, aktres yang baru muncul dengan drama ‘Go Back Couple’ ini pernah berdepan dengan masalah keyakinan diri.
Ini disebabkan dulu da berasa badannya sangat kecil dan tidak cukup tinggi apatah lagi bila membendingkan dirinya dengan aktres lain. Cara diet yang diamalkan Jang Nara juga tidak menyeksa diri. Bila mengidam makan sesuatu dia akan makan tapi dalam portion yang kecil. Dan dia juga mengurangkan mengambil minuman manis dan bergula.