Diet Mengikut Jenis Darah, Bukan Saja Lebih Berkesan Malah Fit Dan Sihat

Share

Pernah dengar diet ikut jenis darah? Biasa kita diajar jangan makan makanan berminyak, kurangkan pengambilan berlemak, bergula dan paling baik, jangan tinggalkan senaman bagi membolehkan kita menurunkan berat badan.

Untuk korang yang tak pernah dengar diet ikut jenis darah ni, ia telah diperkenalkan oleh Dr Peter J.D’Adamo malah beliau siap membuat jadual lagi.  Berdasarkan kajiannya, beliau telah menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk ke dalam tubuh badan.

Diet yang kita lakukan selama ini kurang berkesan ataupun mengambil masa yang lama untuk mendapatkan berat badan ideal? Mungkin boleh cuba diet Mengikut Jenis Darah.

Mungkin darah kita sesuai untuk diet protein, mungkin juga tidak. Jadi ketahui lebih lanjut diet apakah yang sesuai agar  tidak rugi.

Cara ini menjanjikan diet lebih berkesan kerana selain fit ia turut menyihatkan badan. Makanan diambil dikatakan bertindak secara sains dengan jenis darah. Jadi, apakah jenis darah korang dan menu apa pula lebih sesuai?

Darah Jenis O :
Sesuai dengan diet tinggi protein termasuk daging pejal, itik, ikan, sayur-sayuran dan buah. Kurangkan dari mengambil grains atau kacang. Bayam dan brokoli sangat membantu. Elak memakan produk tenusu, jagung, gandum, kacang buncis, sawi bunga, kubis dan kubis bunga.

Darah Jenis A :
Diet bebas daging tetapi mengambil banyak buah dan sayuran, kacang dan bijirin. Semestinya organik dan segar. Kiranya kamu perlu jadi vegetarian untuk diet lebih berkesan. Elak daging, bahan tenusu dan gandum.

Darah Jenis B :
Diet campuran omnivore. Boleh makan sayur hijau, telur, hati, tenusu rendah lemak dan teh. Daging boleh tapi bukan ayam. Ayam memberi masalah buat si darah B. Elak jagung, gandum, tomato, kacang dan sesame seeds.

Darah Jenis AB :
Digalakkan memakan tofu, nanas, makanan laut, tenusu dan sayur hijau. Elak mengambil caffeine atau daging yang di masak secara smoked. Jangan makan daging merah dan jagung jika korang berniat mahu turunkan berat badan.

Boleh tengok jadual di bawah nie apa yang sesuai dan tidak.

Published by
Almaswa Haji Che Ros