Nak menurunkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Tapi, kalau kena dengan usaha dan cara, tak ada yang mustahil untuk korang capai. Tentu saja ramai antara kita yang bercita-cita nak turunkan berat badan, terutamanya bila tiba tahun baru. Yelah kena la ada ‘azam baru’ kan.
Pernah tak korang diet, tapi malas sebab dah tetapkan dalam pemikiran makanan diet ini tak sedap dan membosankan? Sebenarnya, kalau kita pandai dan rajin mengira kalori, pelbagai makanan enak dapat dimakan dan tak perlu terliur melihat makanan orang lain.
Menerusi perkongsian saudari bernama Eza melalui Diet Suku Suku Separuh, pelbagai makan sedap dapat dinikmati dengan menggunakan cara diet suku-suku separuh dan kalori defisit.
Ia adalah perkongsian oleh saudari Eza yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 28 kg dalam tempoh 1 tahun!
Wahh, banyak tu kan?
Beliau mengamalkan diet suku suku separuh sehinggalah sekarang turun. Rahsianya adalah dengan menjaga makan secara konsisten.
” Pada mulanya saya tidak melakukan senaman disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi 100% pada jaga pemakanan sahaja. Selepas dah boleh keluar rumah saya bersenam hujung minggu sahaja dengan jogging/brisk walk
… bila hari bekerja kadang-kadang saya brisk walk dan lompat tali pada sebelah petang/malam kat rumah…”Jom lihat menu yang diamalkan oleh Eza.
Sempat memberi pesanan kepada korang yang sedang menurutkan berat badan.
” Pesanan sy ilmu, azam dan konsisten kena selari… bila ada ketiga2 ni kita akan enjoy proses perubahanan habit makan kita, dalam masa sama tanpa sedar berat turun dan paling berharga kesihatan akan bertambah baik’.
Semoga anda semua boleh juga dapat semangat untuk turunkan berat badan dan amalkan teknik diet suku-suku separuh juga ya.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.