Gaya Hidup

Diet Terlalu Ketat! Ahn Jae Hyun Sampai Susah Nak Bawa Sebiji Tembikai!

Share

Sebagai seorang selebriti, penampilan adalah yang paling utama. Jadi, bukan sahaja wajah perlu nampak berseri, malah tubuh badan yang sihat juga perlu dijaga agar mereka sentiasa kelihatan mempersona pada setiap masa di mana-mana jua.

Sama seperti pelakon Korea Selatan, Ahn Jae Hyun baru-baru ini telah berkongsi cara dia menjaga pemakanan dan kesihatan melalui satu temu bual dalam rancangan Cultwo Show pada Julai lalu.

Menurut pelakon itu, dia meluahkan rasa kagum dengan tubuh badan sihat pengacara rancangan berkenaan, DJ Muzie yang kebetulan tinggal di kediaman (apartment) yang sama dengannya.

BACA: Selepas Song-Song Couple, Giliran Pasangan Ku Hye Sun Dan Ahn Jae Hyun Pula Bercerai

“Saya selalu melihat Muzie bersenam. Tubuh badannya sangat baik dan nampak seperti pemain tenis,” ujar Jae Hyun.

Kemudian, DJ Muzie mempersoal mengenai kehidupan Jae Hyun yang tular daripada cuplikan rancangan ‘I Live Alone’ yang menunjukkan pelakon itu kelihatan sukar membawa sebiji tembikai.

“Dalam episod I Live Alone, saya nampak awak bawa tembikai tapi kenapa macam susah sangat je?” soal DJ Muzie.

“Tembikai itu beratnya cuma 8 kilogram tapi ia terlalu berat untuk saya. Malah, jika saya angkat dumbbell yang beratnya lebih dari 3 kilogram pun, ia sangat susah untuk saya angkat” – Ahn Jae Hyun

BACA: Heroin Boys Over Flower, Goo Hye Sun Mengaku Kini Hidupnya Seperti ‘Gelandangan’


Ketika di soal mengenai diet dan kurangnya nafsu makan pelakon The Real Has Come itu berkongsi caranya menjaga badan untuk kebelakangan ini.

“Saya biasanya berlari atau melakukan kardio. Oleh kerana saya mudah bertambah berat badan, saya makan 3 hingga 7 tomato ceri pada waktu pagi. Jika saya ada penggambaran untuk variety show di luar, saya tidak ada masa untuk ke tandas dan perut saya rasa lebih baik jika kosong,” jelasnya lagi.

Selain itu, untuk makan malam pula, Jae Hyun lebih suka makan sebanyak yang mungkin dan jika ada kerja di luar dia akan memastikan dirinya makan sebelum pukul 6 petang dan mengambil masa untuk tidur sebentar.

“Saya makan kira-kira sebiji tofu. Saya juga suka kimchi. Jadi kadang-kadang saya makan keduanya dalam masa yang sama”

Woah! Ahn Jae Hyun kali ini betul-betul jaga badan ya! 

BACA: Gaya Selebriti Korea Di Karpet Merah Anugerah Baeksang ke-57, Simple Tetap Memukau

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE