Diganggu Roh Setiap Hari, 5 Pembunuh Kongsi Pengalaman Benar & Cukup Seram

Share

Banyak filem seram mengangkat kisah roh yang kemudian cuba membalas dendam kepada pelakunya. Roh-roh ini akan mengganggu dalam pelbagai cara sehinggalah di akhir tayangan, pembunuhnya ditemui mati dalam keadaan menggerikan.  Kronologi cerita begini, biasa digunakan oleh pengarah agar penonton dapat merasai kesakitan yang dialami oleh mangsa bunuh.

Dirompak, diseksa, bahkan sesetengahnya menjadi mangsa rogol adalah antara jalan cerita yang sering dipilih dalam filem seram dan thriller. Jasad itu kemudian dibuang ke dalam sungai atau dikebumikan di satu tempat sunyi. Selepas itu, mulailah roh korban ini berkeliaran lalu membalas dendam.

Dalam kita memikirkan dongeng dan rekaan sesebuah filem, ternyata kisah roh mengganggu pembunuhnya benar-benar terjadi di dunia. Lima pembunuh ini membuat pengakuan bersalah kepada polis selepas tidak tahan diganggu.

Mereka bukan saja tidak boleh tidur malam tetapi sering dihantui perasaan bersalah selain didatangi roh mangsa dalam keadaan menyeramkan.

Jadi betullah bagi skrip sesetengah filem seram  kerana  mereka membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulisnya. Tidaklah seperti sesetengah filem seram tapi ada unsur humor yang mana hantunya dari dulu asyik sama, muka putih melepak, rambut panjang mengurai dan suka duduk celah pokok pisang dan tepi kubur. Hahaha. Seramlah sangat!

Ini lima pembunuh yang membuat pengakuan selepas tidak tahan diganggu oleh roh mangsa bunuh.

Mark Bridger

Mark Bridger menghabiskan hari-harinya dengan minum minuman keras, menonton filem porno dan melihat gambar-gambar tak senonoh. Setelah menghabiskan malam dengan berpesta pada 2012, dia dengan sengaja mengelilingi bandar  mencari seorang gadis muda untuk disetubuhi.

Kala itu ia menemukan April Jones, gadis kecil berusia lima tahun. Saat melihat mangsanya, Bridger langsung menarik masuk Jones ke keretanya.

Tak lama setelah kejadian, orangtua Jones mulai khuatir kerana  anak gadisnya tak pulang-pulang. Setelah dilakukan penyelidikan, pihak polis akhirnya menangkap Bridger yang didakwa dikaitkan dengan kehilangan gadis malang itu.

Seperti biasa, Bridger tidak mengaku melakukannya. Katanya itu dilanggar secara tidak sengaja dan nampak alasan itu seperti normal kerana dia sedang mabuk ketika itu.

Namun, seorang ahli forensik kemudiannya menemukan sesuatu yang aneh di tubuh gadis kecil itu. Doktor memeriksa ada darah pada kemaluannya. Gadis itu besar kemungkian dirogol sebelum dibunuh.

Setelah terbukti bersalah, Bridger dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Biar sudah dipenjara hidup Bridger tidak tenang. Dia kemudian mengaku kepada rakan selnya yang dia kerap melihat arwah Jones. Gadis itu selalu mendatangi Bridger pada malam hari sekalipun lelaki itu dalam penjara.

Jose Ferreira, 17 tahun

Remaja ini bertemu dengan Carrie Ann Jopek, 13 tahun dalam satu pesta pada tahun 1982.  Bukan saja berkenalan malah hubungan itu  bertukar mulai mesra. Suatu ketika, dalam satu pertemuan, Jose mengajak Jopek mengikutnya ke satu ruang bawah tanah.

Saat mereka menuruni tangga, Jose mulai berniat untuk merogolnya dan dia terus menarik Jopek yang enggan mengikutnya. Dia kemudian menyentak tangan gadis ini sehingga Jopek terjatuh di tangga paling bawah.

Ternyata, tengkuknya patah dan mati di situ sahaja. Yakin perbuatannya tidak diketahui orang, Jose melarikan diri selepas menanam mayat gadis itu dibelakang rumah. 17 bulan lamanya, mayat Jopek tidak ditemui sehinggalah jasadnya ditemui tanpa sengaja.

Namun polis ketika itu tidak menemukan sebarang bukti siapa pelakunya. Masa terus berlalu sehingga 30 tahun lamanya. Entah mengapa, Jose membuat pengakuan kepada polis dialah pembunuh itu kerana tidak tahan asyik diganggu selama 30 tahun ini hingga hidupnya langsung tak keruan.

Ah Fong

Kejadian ini terjadi di Hong Kong pada tahun1999 di mana satu kumpulan gangster menangkap Fan Man Yee yang didakwa berhutang jutaan ringgit dengan mereka.

Diseksa dan didera  selama sebulan oleh kumpulan ganas ini, akhirnya Fan Man Yee mati. Tubuhnya dikerat-kerat untuk memudahkan mereka membuang mayatnya. Tapia mat kejam, mayatnya hanya dibuang ke dalam tong sampah.

Seorang dari geng jahat ini mempunyai kekasih muda, Ah Fong berusia 13 tahun yang turut membantu menyeksa Fan.

Ah Fong kerap mengalami mimpi buruk dan sering melihat hantu Fan setiap malam. Awalnya, para anggota geng mengira itu hanyalah cerita khayalan seorang gadis remaja.

Namun, saat anggota geng melihat tempat penyiksaan Fan, mereka menemukan bahagian tubuh lelaki tersebut. Anggota geng tersebut kemudian ditangkap oleh polis setelah Ah Fong bersaksi dan mengakui segala dosa yang dia dan anggota geng lakukan. Hingga akhirnya, mereka dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

John Nkuna

Pada 2002 di Afrika Selatan, John Nkuna bersama dua orang kawannya menculik Bob Ruel Baloyi. Mereka mengikat Baloyi dengan kain dan terus memukulnya. Tidak cukup dengan memukul, mereka turut menyiramnya dengan petrol sebelum membakarnya.

Tubuh Baloyi terbakar teruk dan mati di tempat kejadian. Mayat Baloyi kemudian ditemui oleh seorang pengembala kambing yang menelefon polis memaklumkan penemuan mayat yang sudah hangus ini.

Masa yang sama, Nkuna melarikan diri jauh-jauh. Sekalipun jauh dari polis tetapi hidup dan tidur Nkuna tidak pernah tenteram. Dia dihantui roh Baloyi dalam keadaan menyeramkan.

Setiap malam, dia kerap mendengar suara Baloyi yang berkata, “Beritahu kepada keluargaku, jika kaulah pembunuhku, maka kamu akan dapat tidur tenang. Jika tidak, aku akan terus menghantuimu.”

Nkuna ketakutan dan memutuskan untuk memberi tahu cerita sebenar kepada orang tua Baloyi  di mana dia mengaku dialah yang bertanggungjawab di atas semua kesalahannya.

Polis kemudian menangkap Nkuna dan rakannya yang lain yang terlibat dalam kes pembunuhan ini. Dia dijatuhi hukuman  penjara 15 tahun  karena terbukti bersalah atas pembunuhan Baloyi.

 Daniel French

Pada tahun 2012, Daniel French ingin mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Saat itu, melakukan rompakan adalah cara paling mudah. French memutuskan untuk merampak sebuah rumah milik wanita tua yang sudah pencen dari pekerjaan iaitu  Barbara Howe berusia 87 tahun.

Dalam rompakan itu, French menghalakan sepucuk pistol ke leher wanita tua ini. Namun tanpa sengaja, dia menepis dan ketika itulah French telah mencekiknya sehingga mati.

Wanita tua itu maut di tangan lelaki ganas ini. French kemudian mengeledah rumah dan mengambil sebentuk cincin berlian.

Kes pembunuhan ini gagal dirungkai oleh polis selama dua tahun. Namun selepas itu, ada bukti-bukti menunjukan French telah membunuh wanita tua ini. Semasa polis menahannya, French membuat pengakuan bersalah.

Kata French, setiap malam, roh Howe datang menggangu tidurnya dan dia sentiasa tidak tenang selain berada dalam ketakutan. Sumber laman Listverse.com

 

 

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros