Gaya Hidup

Digelar ‘AI Goddess of K-Pop’ – Karina AESPA Tak Faham Kenapa Orang Puji Dirinya Cantik, Lebih Suka Wajah Bulat Dan Nampak Manis

Share

Terbaru, penyanyi dan anggota kumpulan AESPA, Karina membuat satu kenyataan mengejutkan apabila dia mengatakan bahawa dia secara peribadi ingin menjalankan kehidupan dengan wajah berbeza dan kurang memahami mengapa ramai yang memuji dirinya cantik.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube KBS Kpop dibawah rancangan berjudul ‘Lee Mujin Service’ episod ke-137, pengacara bertanya jika Karina atau nama sebenar Yu Ji Min (24) berpuas hati atau bersyukur dengan bentuk wajahnya selama ini. 

Walau bagaimanapun, ketua kumpulan AESPA itu berkata dia kurang menyukai bentuk wajahnya namun bersyukur bila ada yang mengatakan dia cantik.

“Saya rasa wajah saya berpolar. Tapi saya bersyukur apabila orang kata saya cantik, tetapi secara jujurnya, kadang-kadang saya tidak begitu faham kenapa mereka cakap sedemikian”

Ujar penyanyi yang digelar sebagai wanita ‘AI-Goddess’ itu lagi, dia mempunyai bentuk muka tajam dan kadang kala tertanya bagaimana rasa jika mempunyai bentuk wajah yang lebih lembut dan bulat.

“Wajah kegemaran saya adalah seperti senior Shin Min Ah, Shin Se Kyung, dan Jun Ji Hyun!,” jelas pelantun lagu Drama, Supernova dan Armageddon itu.

Selain dari itu, Karina juga menambah bahawa dia cukup menyukai wajah manis dan lembut pelakon Park Bo Young serta mengaku bahawa dia ingin cuba merasai perasaan memiliki bentuk wajah sedemikian sekurangnya sekali seumur hidup.

Sekadar info, Karina AESPA baru sahaja melancarkan lagu single terbarunya secara rasmi berjudul ‘Up’. Sebelum ini, lagu tersebut hanya dinyanyikan secara tidak rasmi, namun selepas beberapa bulan diatas permintaan peminat, ‘Up’ telah dimuat naik dan meraih perhatian di semua platform penstriman muzik.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE