Hiburan

Digelar Sebagai Perintis ‘Self-Produce Idol’, Ini Cara G-Dragon ‘Warnai’ Dunia Muzik!

Share

Kalau ditanya siapakah ‘King of K-Pop’, mungkin ada di antara peminat yang mahu menyebut kumpulan K-Pop kegemaran mereka masing-masing tapi jika diperhatikan dari segala aspek pencapaian, penyanyi G-Dragon adalah individu yang selayaknya mendapat gelaran tersebut.

G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong (36) baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul ‘Power’ pada 31 Oktober lalu dan menerusi kemunculan semula ‘King of K-Pop’ itu, beliau telah meraih perhatian bukan sahaja peminat muzik Korea. Namun, ia juga menjadi penantian buat peminat muzik di serata dunia.

Di kesempatan ini, meh kami kongsikan beberapa fakta menarik mengapa G-Dragon atau GD layak mendapat gelaran istimewa dan boleh disebut sebagai pioneer idol self-produce dalam kalangan artis K-Pop.

BACA: G-Dragon Rakam Lagu Dengan Produser Muzik Palestin, Raih Pujian!

CIPTA & UBAH LAGU

Tidak dinafikan, sejak era atau generasi pertama dunia K-Pop idol seperti Seo Taiji and Boys, H.O.T dan sebagainya. Memang sudah ada penyanyi yang terlibat dalam memproduksi lagu mereka sendiri. Namun, pada waktu itu hanya peminat sahaja yang menyedari tentang hal tersebut.

G-Dragon mengambil inisiatif dan menjadi sosok pertama yang memperkenal konsep “idola mencipta lagu” ke seluruh Korea Selatan sehingga ia menjadi terkenal dan diakui secara meluas.

BACA: Bakal Muncul Dengan Album Baru 25 Oktober Ini! G-Dragon Bakal Gegarkan Industri K-Pop Selepas 7 Tahun!

Lagu pertama yang ditulis oleh rapper BIGBANG itu berjudul ‘Lies’ dan ia meraih carta tertinggi tahunan pada tahun 2007. Bermula saat ini, GD telah membawa pengaruh besar dan mula menjadi idola pertama yang diangkat sebagai ‘top liner’ oleh beberapa individu profesional dalam industri.

BACA: G-Dragon Buka Yayasan JUSPEACE, Mahu Bantu Masyarakat Yang Terlibat Dengan Penyalahgunaan Dadah

Pada tahun 2011, GD telah menjadi anggota tetap pertama dari Korea Music Copyright Association sebagai seorang K-Pop idol dan memenangi Grand Prize dan Persatuan Hak Cipta Muzik Korea (KOMCA) kerana mendapat pendapatan yang tinggi dari royalti. Ini juga merupakan penghargaan berprestasi yang hanya diberikan kepada seorang idol sehingga kini.

Buktinya, jika dilihat kebanyakan dari idola pada zaman kini seperti Zico, Soyeon (G)I-DLE, Jungkook dan ramai lagi menganggap GD sebagai inspirasi.

IKON FESYEN PALING UNIK

Sejak kali pertama GD menjadi seorang selebriti, beliau terus dianggap sebagai ikon fesyen! Bukan sahaja kerap tampil dengan gaya busana dan rambut unik. GD juga merupakan pelopor ‘airport fashion’ yang menjadi trend masa kini.

Sebelum ini, deretan jenama mewah hanya memberi perhatian dan mengangkat nama pelakon di Korea sebagai model atau duta. Namun, pelantun lagu ‘Who You?’ dan BIGBANG yang membuka peluang bagi idola pada generasi seterusnya untuk mendapatkan penaja dari jenama terkenal.

BACA: YG Entertainment Serah Hak Cipta Nama Panggung ‘G-Dragon’ Dan ‘GD’ Secara Sukarela Kepada G-Dragon

Pengaruhnya bukan terhenti setakat itu, GD juga pernah disebutkan sebagai salah satu faktor mengapa bandar Seoul dianggap sebagai kota hebat pada tahun 2011. Di usia 23 tahun, beliau juga tersenarai sebagai Top 10 Best Dressed Men in the World dan menjadi selebriti Asia pertama yang dinobat sebagai muse jenama Givenchy sehingga boleh melancarkan koleksi istimewa untuknya.

G-Dragon juga diiktiraf sebagai duta global pertama di Korea sekaligus Asia untuk pelbagai jenama fesyen mewah antarabangsa yang didominasi oleh negara barat pada ketika itu.

BACA: G-Dragon Dilantik Sebagai Profesor Di KAIST, Universiti Berprestij Di Korea

Kolaborasinya bersama Chanel telah berlangsung lebih dari 10 tahun dan selepas menamatkan latihan ketenteraan, GD telah menjadi selebriti Asia pertama yang berkolaborasi dengan Nike dalam koleksi Peaceminusone x Nike. 

Pencapaian GD dalam industri fesyen turut diakui oleh HYPEBEAST100, majalah street fashion terkemuka sehingga tujuh kali. Menerusi prestasi ini, GD telah membentuk arah baru khususnya bagi artis K-Pop di dunia muzik dan fesyen.

BACA: Idea Kreatif Raja K-Pop, G-Dragon Transform Kasut Nike AF 1 ‘Para-Noise’

BUDAYA LIGHTSTICK

Mungkin ada di antara pembaca yang belum tahu tapi G-Dragon antara individu pertama dalam dunia K-Pop yang mencetus idea dan membuat konsep ‘solid lightstick’ untuk BIGBANG pada awalnya. 

Sebelum ini, kebanyakan kumpulan K-Pop hanya menggunakan lightstick panjang seperti lampu dengan tulisan nama kumpulan. Namun, menerusi idea GD yang kreatif, beliau mereka bentuk lightstick BIGBANG yang kini dikenali sebagai BangBong.

Sebenarnya, dari sini juga kita dapat lihat bahawa G-Dragon sememangnya seorang selebriti yang all-rounder dan kalau nak jumpa permata yang berbakat macam beliau pada masa kini mungkin agak rare! 

Apa pun, korang dah layan ke belum lagu baru G-Dragon? Kalau dah cuba kongsi sikit pendapat, best ke tidak?!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE