Agak lama sebenarnya peminat di Malaysia tidak mendengar perkhabaran daripada penyanyi dan pelakon, Sherina Munaf yang lebih dikenali sebagai Sherina.
Korang mesti iingat lagi kan kelibat Sherina yang terpilih sebagai penyanyi undangan dari Asia untuk berduet dengan band popular, Westlife menerusi lagu I Have A Dream dahulu.
Sejak kolaborasi pada tahun 2000 itu, Sherina tidak menoleh ke belakang lagi dan telah menghasilkan pelbagai projek berjaya. Antaranya termasuklah mengeluarkan 4 buah album berjudul My Life (2002), Primadona (2007), Gemini (2009) dan Tuna (2013).
Di samping itu, Sherina juga agak aktif di luar dunia nyanyian dan lakonan apabila dia dilantik sebagai duta ke World Youth Conference, One Young World di Zurich pada tahun 2011 untuk menyanyikan lagu ciptaannya berjudul Sing Your Mind.
Quite an impressive resume, that is.
Terbaru, Sherina mengundang reaksi terkejut di kalangan peminat dan media di Indonesia apabila dia mengumumkan bahawa dirinya baru saja bernikah pada hari ini dengan seorang pelakon lelaki Indonesia bernama Baskara Mahendra.
Tanpa sebarang angin gosip bertiupan, perkhabaran itu nyata telah mengejutkan ramai pihak, in a good way of course!
Berbeza dengan Sherina yang telah berkecimpung dalam dunia hiburan sejak kecil, Baskara yang lebih muda 3 tahun berbanding Sherina pula baru saja menyertai industri tersebut sejak tahun 2018.
Bagaimanapun, dia telahpun membintangi beberapa filem Indonesia yang mendapat sambutan menggalakkan termasuklah Lima (2018), Bebas (2019) dan Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 (2020).
Tidak sekadar mengharapkan rupa paras, Baskara telah membuktikan bakatnya apabila berjaya membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di acara Festival Film Tempo, Indonesia Film Critics Society dan Piala Maya pada tahun 2019 serta 2020.
Menariknya, Sherina dan Baskara baru saja berkenalan setelah bertemu pada Oktober tahun lepas semasa acara tayangan perdana filem lakonan Baskara, Bebas. Sejak itu, mereka mula mengenali hati budi masing-masing dan lebih rapat.
Selepas setahun berkenalan, pada hari ini, Sherina dan Baskara secara rasminya telah bergelar suami isteri apabila diijab kabulkan dalam keadaan yang cukup ringkas. Berita tersebut telah disahkan oleh ayah Sherina, Triawan kepada wartawan di Kompas.com.
“Iya benar tadi pagi. Tidak ada undangan. Hanya dihadiri oleh kedua orang tua mempelai, saksi nikah dan penghulu,” catatnya ringkas menerusi mesej sebelum menambah, “Tentang pernikahan Sherina dan Baskara, nanti akan ada press release dari pihak Sherina dan Baskara secara langsung.
Tahniah baby girl! Dah besar dah Sherina..