Ads
Home Berita Dihasilkan Dari Darah Kumbang Betina Mati, Isu Halal Atau Haram Sangat Sensitif...

Dihasilkan Dari Darah Kumbang Betina Mati, Isu Halal Atau Haram Sangat Sensitif Bagi Rakyat Malaysia

Ads

Pagi ini tular mengenai produk pewarna Cochineal yang dikatakan tidak halal. Pada kali pertama membaca berita penularan itu, kita tentu membayangkan sudah berapa ribu gelen air (jika dibuat air sirap) atau jika ia digunakan sebagai bahan pembuat kuih yang cukup popular, sudah berapa banyak yang kita telan?. Kenapa baru sekarang hendak kata tidak halal? Kenapa tidak dari dulu sebelum kita beriya-iya menelannya!

Dikatakan untuk menghasilkan pewarna tiruan ini, 70,000 kumbang betina dibunuh untuk menghasilkan satu pound dye (produk pewarna).

Bagi penghasilan pewarna ini kumbang  akan direbus bagi menghasilkan warna merah terang atau dipanggang dalam ketuhar untuk menghasilkan warna kelabu atau disangai dalam kuali panas untuk menghasilkan warna hitam.

Pewarna Cochineal menjadi sejenis sedatif aditif makanan yang dinamakan sebagai carmines dalam kod C.1.75470/E120.

Dalam penularan sejak pagi tadi itu, terpampang seorang individu yang berdiri seolah-olah sedang merasmikan perasmian dengan tertera di skrin FATWA MUFTI KERAJAAN : Pewarna yang berasal dari Cochineal yang diberi kod C.1.75470/E120 sama ada pada makanan, minuman, ubat-ubatan  ataupun kosmetik adalah tidak halal dimakan dan tidak suci untuk digunakan.

Dihasilkan Dari Darah Kumbang Betina Mati, Isu Halal Atau Haram Sangat Sensitif Bagi Rakyat Malaysia
Fatwa ini mula tular pagi tadi dan disebarkan melalui media sosial.

 

Ads
Dihasilkan Dari Darah Kumbang Betina Mati, Isu Halal Atau Haram Sangat Sensitif Bagi Rakyat Malaysia
Bayangkan jika sesetengah orang hanya menerima berita ini separuh saja dan bukan penjelasan penuh muzakarah tersebut. Tak ke kecoh jadinya

 

Dihasilkan Dari Darah Kumbang Betina Mati, Isu Halal Atau Haram Sangat Sensitif Bagi Rakyat Malaysia

 

Ads
Dihasilkan Dari Darah Kumbang Betina Mati, Isu Halal Atau Haram Sangat Sensitif Bagi Rakyat Malaysia
Sedap wei air sirap dari bahan pewarna nie. Bahan pewarna ini digunakan juga untuk membuat kuih sejak turun temurun oleh mak-mak kita lagi

 

Tular juga penghasilan dari kumbang betina ini  banyak digunakan untuk menghasilkan yogurt, aiskrim, gula-gula, juice dan kosmetik seperti lipstik, pemerah pipi, pembayang mata dan pengilat kuku.

Apabila isu sebegini tular, tentu kita tertanya-tanya halal atau tidak produk ini kerana sebagai umat Islam, kita disarankan makan yang halal-halal sahaja kerana setiap apa yang dimakan menjadi darah daging hingga ke akhir hayat.

Ads

Namun tidak lama kemudian selepas isu ini tular di media sosial tersebar pula  satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangssan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia  kali ke 100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna  Cochineal: Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa  MKI.

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa cochineal adalah jenis serangga (kumbang betina) yang tidak membahayakan dan zat pewarna yang dihasilkan daripada cochineal boleh dimanfaatkan oleh manusia. Dari segi perundangan negara, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa pewarna carmine yang diperolehi dan dihasilkan daripada cochineal adalah dibenarkan berdasarkan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP).
  2. Muzakarah juga menegaskan bahawa Jumhur Fuqaha’ sepakat menetapkan bahawa bangkai serangga yang darahnya tidak mengalir adalah suci, dan pewarna cochineal adalah diperolehi daripada serangga cochineal yang telah mati di mana darahnya tidak mengalir.
  3. Berdasarkan ketetapan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan pewarna cochineal dalam makanan, minuman dan barang gunaan adalah DIHARUSKAN dan kadar penggunaan yang dibenarkan adalah mengikut ketetapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia selagi mana ia tidak mendatangkan kemudharatan.

Persoalannya, siapa yang mula menularkannya dahulu? Kenapa cuba mendatangkan kegemparan pada umat Islam sekaligus mengugat kehormonian yang sedia ada sedangkan hal ini sudah lama, 2012.

Adakah ini promosi produk atau ada niat tertentu. Pada yang mula menyebarnya, muhasabah diri, jangan berani-berani tular berita yang boleh menggugat kerana isu halal atau haram, adalah isu sangat sensitif bagi rakyat Malaysia. Bayangkan jika kenyataan muzakarah ini tidak sampai dan hanya yang haram itu saja tular, apa akan jadi? Tepuk dada tanya diri sendiri! Jangan terus tambah dosa.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI