Pagi ini tular mengenai produk pewarna Cochineal yang dikatakan tidak halal. Pada kali pertama membaca berita penularan itu, kita tentu membayangkan sudah berapa ribu gelen air (jika dibuat air sirap) atau jika ia digunakan sebagai bahan pembuat kuih yang cukup popular, sudah berapa banyak yang kita telan?. Kenapa baru sekarang hendak kata tidak halal? Kenapa tidak dari dulu sebelum kita beriya-iya menelannya!
Dikatakan untuk menghasilkan pewarna tiruan ini, 70,000 kumbang betina dibunuh untuk menghasilkan satu pound dye (produk pewarna).
Bagi penghasilan pewarna ini kumbang akan direbus bagi menghasilkan warna merah terang atau dipanggang dalam ketuhar untuk menghasilkan warna kelabu atau disangai dalam kuali panas untuk menghasilkan warna hitam.
Pewarna Cochineal menjadi sejenis sedatif aditif makanan yang dinamakan sebagai carmines dalam kod C.1.75470/E120.
Dalam penularan sejak pagi tadi itu, terpampang seorang individu yang berdiri seolah-olah sedang merasmikan perasmian dengan tertera di skrin FATWA MUFTI KERAJAAN : Pewarna yang berasal dari Cochineal yang diberi kod C.1.75470/E120 sama ada pada makanan, minuman, ubat-ubatan ataupun kosmetik adalah tidak halal dimakan dan tidak suci untuk digunakan.
Tular juga penghasilan dari kumbang betina ini banyak digunakan untuk menghasilkan yogurt, aiskrim, gula-gula, juice dan kosmetik seperti lipstik, pemerah pipi, pembayang mata dan pengilat kuku.
Apabila isu sebegini tular, tentu kita tertanya-tanya halal atau tidak produk ini kerana sebagai umat Islam, kita disarankan makan yang halal-halal sahaja kerana setiap apa yang dimakan menjadi darah daging hingga ke akhir hayat.
Namun tidak lama kemudian selepas isu ini tular di media sosial tersebar pula satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangssan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan Hukum Bahan Pewarna Cochineal: Kajian Semula Kadar Piawaian Yang Ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa MKI.
Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Persoalannya, siapa yang mula menularkannya dahulu? Kenapa cuba mendatangkan kegemparan pada umat Islam sekaligus mengugat kehormonian yang sedia ada sedangkan hal ini sudah lama, 2012.
Adakah ini promosi produk atau ada niat tertentu. Pada yang mula menyebarnya, muhasabah diri, jangan berani-berani tular berita yang boleh menggugat kerana isu halal atau haram, adalah isu sangat sensitif bagi rakyat Malaysia. Bayangkan jika kenyataan muzakarah ini tidak sampai dan hanya yang haram itu saja tular, apa akan jadi? Tepuk dada tanya diri sendiri! Jangan terus tambah dosa.