Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Itulah yang sedang dirasai oleh sebuah akaun Instagram dikenali sebagai @jab_netizen yang telah melontarkan kata-kata berbaur cacian dan face shaming terhadap salah seorang peserta program realiti All StasGegar Vaganza, Liza Hanim.
Sewaktu diumumkan sebagai peserta kejutan yang diundi masuk oleh para peminat, pemilik nama penuh Haliza Hanim Binti Abdul Halim ini telahpun menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi; bukan hanya di auditorium MBSA tetapi juga di platform media sosial.
Ramai mengakui bakat serta tata persembahan Liza Hanim setiap kali menaiki pentas tidak boleh disangkal sama sekali. Biarpun bergelar sebagai peserta Hot Seat yang dipilih masuk hasil undian peminat, Liza Hanim tetap dijangka akan memberikan saingan sengit terhadap 10 orang juara terdahulu program Gegar Vaganza.
Bagaimanapun, tidak kurang juga kata-kata kurang enak dilempiaskan terhadap Liza; bukan disebabkan kualiti persembahannya tetapi disebabkan rupa parasnya yang dimiliki.
Haih, sudah tahun 2023 pun ada lagi yang isu-isu face shaming melampau!
Salah satu akaun media sosial yang menyentuh perihal sensitif itu ialah @jab_netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Kecam Sebab Balik Rumah Kena Jumpa Jennifer Londeh..” Caprice Komen Isu Kecantikan Dewi Remaja 2022 – REMAJA
“Liza Hanim sangat berbakat, bersuara sedap dan mantap. Tapi kekurangannya adalah tak berupa cantik dari segi hidup sedikit kembang serta kulit wajah ada lubang-lubang sejak zaman anak dara. Jadi faktor tersebut buatkan beliau sedikit terbelakang zaman itu,” catatnya.
Liza pantas menyedari komen tersebut yang menjengah di ruangan komen dan mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan kecewa terhadap standard yang diletakkan oleh segelintir masyarakat di Malaysia terhadap golongan penghibur.
“Bukan sentap, tetapi saya perlu mengetengahkannya.
“Tergamak nak bagi komen macam ini, berkali-kali pula itu, kenapa? Motif? Kekadang bahasa kata itu lagi penting dari rupa paras tau. Akak tak goyang dengan cacian, kutukan (atau) kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.
“Kekadang akak tertanya juga rupa orang yang tulis ini, macam manalah agaknya??” soal Liza sebelum menyambung, “Hantaran ini (adalah) untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit. Terus kental dan lakukan apa sahaja yang membuatkan kita gembira dengan diri sendiri serta keluarga.
“Teruskanlah bersyukur kepada Allah SWR atas segala kurnianya,” simpulnya.
Liza Hanim tidak berdiri keseorangan dalam menolak sebarang agenda face shaming daripada akaun media sosial yang tidak dikenali.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa Orang Hina Kau Sampai Begini..” Keluarga Paling Terkesan Bila Nadeera Zaini Digelar B*B* – REMAJA
Tampil mempertahankan rakan seperjuangannya sejak era 90-an, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang jarang-jarang sekali menunjukkan amarah di media sosial tidak berselindung di sebalik kiasan pada hantaran Liza.
“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentu soal fizikal sebab semua orang tidak sempurna. Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya,” catat Siti.
Ya, begitulah catatan sebenar Datuk Seri Siti Nurhaliza. #HamikKau!
Sementara itu, dua bintang program Big Stage iaitu Wani Kayrie dan Aisha Retno juga berharap agar Liza terus fokus dengan persediaan persembahan bagi konsert All Stars Gegar Vaganza seterusnya.
“Anda cantik dengan cara anda sendiri Kak Liza. Yang penting kita bersyukur,” kata Wani. Manakala Aisha berkata, “Saya sayangkan anda. Jangan biarkan kata-kata ini menghentikan perjuangan terbaik anda. Idola saya, terus pandang ke hadapan dan slay.”
Antara selebriti tempatan lain yang turut menunjukkan solidariti terhadap Liza ialah Aya Amiruddin, Nadia Aqilah, Syura Badron dan Ieda Moin.
Dalam pada itu, tinjauan REMAJA terhadap akaun @jab_netizen mendapati pemiliknya cuba mempertahankan kata-kata hinaan terhadap Liza.
“Saya tiada niat langsung untuk body shaming atau mengutuk. Saya cuma menjelaskan mengapa Kak LH kurang menyerlah berjaya sedangkan beliau sangat sangat berbakat.”
Cukup-cukuplah menjadi rupa paras sebagai kayu pengukur potensi seseorang. If you do not have a nice thing to say, do not say anything at all!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.