What a day, what a moment.
Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini telah menerima pengiktirafan dari organisasi Apolotical berpangkalan di London.
Pengiktirafan ini diberikan kepada mereka di bawah usia 35 tahun yang terlibat dalam pembikinan dasar kerajaan di dalam negara masing-masing.
“Kejayaan ini bukanlah kejayaan saya saja tetapi kejayaan anak muda Malaysia. Kita semua kini tak boleh dipandang ringan diabaikan. Tetapi patut dilihat sebagai pendorong utama kepada pembangunan negara.
“Saya berbesar hati dengan pengiktirafan World’s 100 Most Influential Young People In A Government, tetapi saya lebih berbesar hati dapat berkhidmat untuk anak muda Malaysia.
“Saya dedikasikan anugerah ini kepada kamu semua!” kata Ahli Parlimen Muar itu.
Pada usia 25 tahun, Syed Saddiq dilihat bukan saja ‘influential’ di media sosial tetapi berterusan berkhidmat demi dasar yang menyebelahi belia. Antaranya termasuklah menurunkan had kelayakan usia untuk mengundi iaitu dari 21 tahun ke 18 tahun.
Ya, tak semua pihak yang akan bersetuju dengan beberapa kepercayaan dasar Syed Saddiq. Tetapi itu kerana mereka melihat golongan remaja dan belia ini perlu mengikut telunjuk yang diberi, bukannya berfikir serta berdiri di atas usaha sendiri.
Tahniah Syed Saddiq atas pengiktirafan ini. Diharap remaja dan belia negara akan mengambil semangat dan kepercayaan Apolitical ini untuk kita percaya pada diri masing-masing dan terus melangkah ke hadapan.
Di Tanah Suci Mekah dan Madinah Pun Ada Scammer, Ini 6 Helah Sulit Mereka!
Isi Kandungan
ToggleAlhamdulillah, ramai jemaah Malaysia yang dijadualkan akan ke Makkah dan Madinah untuk menunaikan ibadah umrah, akhir tahun ini.
Ini kerana keadaan di sana lebih sejuk dan menyelesakan. Tapi hati-hati, buat jemaah first timer, korang jangan ingat semua orang di Tanah Suci tu baik. Ada rupanya bezanya ada yg kena cara halus dan cara kasar saja.
Hati-Hati dengan SCAMMER di AL-HARAMAIN
Jangan ingat di Tanah Suci Mekah dan Madinah tak ada Scammer, Ada rupanya bezanya ada yang kena cara halus dan cara kasar saja.
CARA KASAR:-
Cara 1
Bag ditorehnya dengan pisau. Sama ada kita sedang melakukan Tawaf atau Saie. Tektik yang dilakukan ini memang kita pun tak perasan langsung, memang berani dan pro! Kebiasaanya cara 1 ni wanita adalah target utama. Hati-hati ye!
Cara 2
Scammer jadi pengiring. Ketika semua orang bersesak-sesak untuk cium Hajarul Aswad, mereka mengunakan tektik ‘escort’ . Sebagai contoh : ini orang Indonesia, dia akan himpit kita dan bertanya “pak, mau cium Hajarul Aswad, kalau kita cakap mahu, dia mintak siap-siap 400 Saudi Riyal, kadang-kadang 1000 Riyal pun ada. Kita cakap tak ada atau tak mau, then dia blah lah. Tapi kalau kita cakap mau, dia bawa kita separuh jalan, then separuh jalan lagi dia pun hilang. Ada juga kes, yang ikut kita sampai ke hotel untuk tuntut duit. So, hati-hati.
Cara 3
Confuse dengan wang. Hati-hati dengan penjual yang duduk atas food-truck di Jabal Rahmah. Apabila membuat bayaran duit 10 Riyal dengan duit 100 Riyal, pastikan nilai sebanar wang itu, sebabnya kebanyakkannya akan keliru dengan warna duitnya MERAH.
Cara 4
Peminta sedekah. Mak-mak Arab yg berjubah hitam yg dok menjual dan meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (terutama laluan nak ke Menara Jam), ini lagi profesional punya scammer, depa boleh buat 1001 macam cerita siap dengan drama dan watak2 pelakon sampingan lagi. So, awas jangan cepat melatah dan bermurah hati sangat, sekali kita bagi, habissss. Kita akan dikerumun oleh “mereka”
Cara 5
Geng Teksi pun sama, awalnya kita dah deal harga dari airport jeddah ke Hotel di Mekah 200 Riyal, nanti bila sampai di Mekah dia akan buat2 pusing 5 ke 6 ke 7 ke 8 ke 9 ke 10 kali, buat-buat cari hotel. Penyudahnya jumpa juga hotel tu, tapi dia akan mintak kita bayaran ehsan lagi 50 Riyal sebab sesat jalan. Kalau nak secure lebih baik gunakan GRAB/UBER.
CARA HALUS (Lebih kepada Psychology)
1. Saya sendiri pernah kena semasa di Mekah (berdekatan pintu 17) saya dah tak heran sangat dengan kaki Scam ni sebab dah tau game depa, saya layan (sebab nak tengok game depa). Saya didatangi oleh seorang lelaki pakistan (pakai kurta putih dan seluar putih), dia tarik saya ke tepi, dan bermulalah cerita sedihnya yg dia kena selok, duit dia dicuri, pasport dia hilang mak dia sakit (nanti dia akan tunjuk seorang pompuan tua, yg sedang baring) utk memberikan kita yakin dgn ceritanya, dia mintak 500 Riyal utk kos perubatan mak dia dan makan. Saya dah tau dia SCAM, saya cakap saya tak ada duit dan terus saya blah, dengan nada cengei skit la.
Saya intai dia dan geng-geng dia mencari mangsa yang lain dari jauh, yup. ternyata mangsa keduanya berjaya, dia ambil kesemua duit mangsa kedua semasa mangsa sedang kira duit, dan terus blah. (geng sendikit 4 ke 5 org) kalau sehari dia dah kaut 1000 Riyal kalau sebulan dah berapa.
saya perati rata-rata mangsa scam geng ini adalah jemaah umrah dah haji rakyat Malaysia, indonesia, brunei, mungkin easy target kot atau kita ni mmg suka bersedekah.
Sementara musim haji ni pesan2 lah kepada jemaah dan rakan taulan yg ada di Tanah Suci.. SEKADAR BERINGAT…
Bagi yang akan mengerjakan umrah pada akhir tahun ni, penulis dan team Remaja doakan korang selamat pergi dan pulang. Semoga ibadah diterima Allah SWT, aminnn..
Sumber: Inspirasi Umrah
Ini 8 Kes Dera Kanak-Kanak Paling Tragis Di Malaysia, Ada Mangsa Koyak Organ Dalaman…
Isi Kandungan
ToggleBeberapa hari ini, ramai yang berbicara mengenai kes penderaan yang terjadi kepada adik Nur Aina Nabihah, 9 tahun yang didera sehingga mati oleh bapa kandung dan ibu tirinya dalam kejadian di Port Dickson, Negeri Sembilan. Allahyarham dikatakan dipijak malah sampai terkencing akibat terlalu sakit beberapa kali oleh bapanya selain penderaan lain.
Mangsa meninggal akibat kesan lebam serta kecederaan pada organ dalaman. Buah pinggangnya rosak kedua belah, rusuk kiri dan kanan patah, kecederaan pada usus besar serta koyakan dalam pada peha dipercayai dipukul dengan objek tumpul oleh bapanya yang juga seorang Sarjan tentera.
Susulan itu, bapanya dan ibu tirinya telah ditahan dan bakal dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun jika sabit kesalahan.
Selain Nur Aina Nabihah, sebenarnya ada banyak lagi kes-kes penderaan yang agak tragis berlaku kepada golongan kanak-kanak. Ada pelakunya terdiri dari ibu kandung, bapa kandung, bapa tiri, kekasih ibu, bapa saudara dan ramai lagi golongan dewasa yang sepatutnya melindungi anak-anak kecil ini.
Remaja senaraikan kes-kes penderaan agak tragis yang pernah terjadi dalam sejarah penderaan di Malaysia.
Kes 1 – Ditendang di tepi padang selain alami pendarahan otak
Kes kematian Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun yang berlaku 5 Mac 2010, dianggap kes penderaan yang menyakitkan hati rakyat Malaysia. Mana tidaknya, allahyarham pernah ditendang di bahagian perut di tepi sebuah padang bola di Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor namun ramai yang menjadi pemerhati dari membantu.
Lebih menyakitkan hati, perbuatan dera ini dilakukan oleh kekasih kepada ibu mangsa yang mana dalam satu kenyataan selepas kejadian ini terjadi, ibu mangsa mendakwa masih menyayangi kekasihnya itu biar apa pun yang terjadi.
Kanak-kanak malang ini ditemui maut akibat pendarahan pada otak, mengalami kerosakan buah pinggang, dihentak dan ditendang dengan kuat termasuk kulit kepalanya terkoyak akibat dipijak. Keseluruhan tubuhnya turut lebam akibat sentiasa didera.
Kes 2 – Pendarahan dalam otak
Nur Khayra Mohamad Amirul Asnil, 6 bulan antara mangsa dera terbaru yang terjadi selepas kes Nur Aina Nabihah. Bayi kecil tidak berdosa ini pada awalnya dimaklumkan terjatuh dari buaian oleh ibu bapanya tetapi imbasan menunjukkan ada pendarahan pada otaknya serta bahagian mata. Namun kematiannya menunjukkan terjadinya pukulan dengan benda tumpul di kepala.
Ibu bapa mangsa berusia 19 dan 21 tahun dan hasil siasat polis mendapati lelaki yang bekerja sebagai pengusaha kantin itu mempunyai satu rekod lampau mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana memiliki kenderaan curi. Kes penderaan ini disiasat menurut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Kes 3 – 73 kesan lebam dilakukan oleh ibu tiri
73 kesan lebam dan luka yang ada ditubuh Nordiana Qistina Nurafizan, 3 tahun menjadi punca kepada kematiannya dalam kejadian di Kampung Sungai Tiram, Johor Bharu 10 Januari lalu. Bukan hanya Nordiana Qistina, malah adiknya, Danish Irsyad, 1 tahun turut menjadi mangsa kekejaman dipercayai dilakukan oleh ibu tirinya.
Mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik dan tinggal bersama bapanya, Nurafizan Ludin, 29, seorang pekerja kilang manakala ibu tirinya pula seorang suri rumah. Ibu kandung mangsa, Nor Aquilla Razali, 27, menetap di Pasir Gudang dan bercerai dengan Norafizan sejak setahun lalu.
“Melalui bedah siasat, organ dalaman mangsa rosak teruk dan berdarah. Awalnya ibu mangsa dimaklumkan lemas ketika mandi dalam besen tetapi ternyata ia berita diada-adakan untuk menutup perbuatan keji.
Kes 4 – Pendarahan di kedua belah telinga
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal selepas didera oleh ibu kandungnya sendiri dalam satu kejadian di Kulai, Johor. Awalnya, mangsa dihantar ibunya ke hospital Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim pada jam 7.30 malam tadi dalam keadaan tidak bernafas.
Bagaimana pun pemeriksaan doktor mendapati terdapat pendarahan di kedua-dua telinga mangsa, selain kesan lebam di bahagian kepala sebelah kiri, belakang badan dan takungan air di kerongkong. Ibunya yang bekerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya berusia 18 tahun telah ditahan polis dan dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kes 5 – Badan penuh kesan lebam akibat digigit
Seorang kanak-kanak, Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, 2, mati akibat didera teman lelaki ibunya. Mangsa dipercayai meninggal dunia jam 3 petang ketika berada dalam jagaan ibunya di rumah mereka di Kampung Berjaya, Mergong, dekat sini, semalam.
Mangsa maut dan terdapat beberapa kesan gigitan dan lebam di badan Muhammad Faiz yang dipercayai dilakukan lelaki terbabit. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan berkata, pihaknya mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.
Kes 6 – Mati didera ibu bapa angkat
Muhammad Al Fateh Abdullah, 21 bulan (setahun sembilan bulan) menjadi mangsa kerakusan manusia apabila mati didera oleh ibu bapa angkatnya yang berusia 30 dan 34 tahun.
Pasangan suami isteri ini mempunyai 8 orang anak. Terdapat kesan kecederaan lama dan baharu seperti lecur pada tubuhnya. Doktor juga mengesahkan mangsa pernah dirawat akibat menghidap tibi dan retak pada lengan kanan.
Kes 7 – Kekasih Nigeria dera anak kekasihnya
Mangsa, Mohd Adam Osi, 5 maut bila didera oleh kekasih kepada ibunya yang berasal dari Nigeria. Mangsa meninggal akibat pendarahan dalam otaknya dipercayai dipukul dengan objek keras oleh kekasih ibunya itu.
Nenek mangsa siap membuat rayuan agar tidak terus memburukkan anaknya itu kerana katanya anaknya berusia 28 tahun itu begitu tertekan selepas berita itu tersebar. Kata nenek mangsa, anak saya memang sangat sayang ketiga-tiga anaknya. Paling teruk pun dia hanya meninggikan suara kalau mereka terlalu nakal.
Termasuk kes Nur Aina Nabihah, inilah sebahagian dari kes dera yang sangat menyayat hati terjadi kepada anak-anak kecil. Apa yang boleh kita lakukan dalam hal ini ialah beranilah menegur, bertindak melaporkan jika kita sering terdnegar tangisan luar biasa seorang kanak-kanak. Ketepikan konsep hal kau hal aku kerana dengan sikap hal kau hal aku boleh menyelamatkan mangsa yang tidak berdosa.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ada menyediakan talian NUR 15999 untuk sebarang kes aduan dan bolehlah kita sama-sama membantu apa yang diperlukan untuk menjadi sebahagian masyarakat yang prihatin.
Media Thailand Bocor Bayaran Lisa BLACKPINK, RM2.7 Juta Untuk Iklan Produk Je!
Tak boleh di sangkal lagi kalau Lisa BLACKPINK adalah bintang K-Pop yang paling popular ketika ini. Bahkan idol berusia 23 tahun ini menjadi artis K-Pop dengan followers paling banyak di Instagram. Cayalah Lisa!
Selain menjadi idola K-Pop, Lisa juga merupakan model pelbagai produk, dari brand fashion sampai la ke kereta. Bukan cuma di Korea saja, Lisa juga menjadi bintang iklan di negara asalnya, Thailand.
Berapa pula bayaran untuk Lisa ni?
Baru-baru ini, media Thailand, Thairath mendedahkan jumlah bayaran yang diperlukan jika ingin membawa Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban bagi menghadiri acara atau ingin menjadikannya sebagai bintang iklan.
Bagaimanapun, sumber maklumat tersebut tidak didedahkan portal tersebut.
Berikut merupakan bayaran yang diterima oleh Lisa:
5 juta baht (RM671,000) untuk penampilan dua jam bagi satu acara
10 juta baht (RM1.34 juta) untuk penampilan dalam drama
15 juta baht (RM2 juta) untuk penampilan dalam filem
20 juta baht (RM2.7 juta) untuk pengiklanan produk
Terkejut tak tengok bayaran yang dikenakan oleh Lisa ni? Emm tapi tak hairan la kan bayaran dia sebanyak itu, orang popular didunia katakan. Hiks!
Sumber : Astro Awani