Sebelum ini, tular kisah mengenai seorang lelaki Cina yang bernama Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike membesarkan tiga anak angkat beragama Islam iaitu Rafei, Rasyid dan Rahman.
Jasanya dalam mendidik dan menjaga ketiga beradik itu walaupun berbeza agama dan bangsa telah menyentuh hati ramai masyarakat di Malaysia
Sehubungan itu, Astro Shaw dan Etika baru-baru ini mengumumkan bakal menerbitkan filem terbaru diinspirasikan dari kisah Uncle Mike dan tiga anak angkatnya menerusi sebuah filem berjudul ‘Abah Saya, Uncle Mike’ yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Barisan pelakon Abah Saya Uncle Mike bersama Uncle Mike dan anak-anaknya
Menurut Penerbit Eksekutif filem ‘Abah saya, Uncle Mike’ merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihaknya bersama rakan kerjasama strategik Etika percaya menerusi elemen perpaduan dan kepelbagaian budaya dalam filem ini mampu menceritakan keunikan sebenar Malaysia.
“Itulah sesuatu yang Astro Shaw sangat utamakan, iaitu nilai-nilai harmoni, perpaduan, dan budaya”
Ads
Uncle Mike dan bersama Rahman (kiri) dan Rafei (kanan)
“Nilai-nilai ini dapat dilihat dalam filem-filem sebelum ini seperti Ola Bola, About The Journey dan untuk filem aksi Polis Evo pun, kami memastikan kerjasama dengan pelakon, pengarah, dan profesional kreatif dari pelbagai budaya dan kaum”
“Ini adalah komitmen kami terhadap perpaduan, untuk memastikan kami menghasilkan cerita yang benar-benar menggambarkan semangat rakyat Malaysia daripada rakyat Malaysia,” katanya ketika majlis pelancaran filem ‘Abah saya, Uncle Mike’ yang diadakan di Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Barisan pelakon Abah Saya Uncle Mike
Dalam pada itu, menurut sutradara yang bakal mengarahkan filem ini, Ezrie Ghazali berkata filem ‘Abah saya, Uncle Mike’ akan memulakan sesi penggambaran selepas Tahun Baru Cina dan mensasarkan tayangan pawagam pada sekitar penggal ketiga tahun ini.
Mengulas lanjut, selaras dengan mesej dan tema perpaduan, Astro Shaw dan Etika juga sempat mempersembahkan trailer edisi perayaan menerusi sebuah video teaser penjenamaan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ‘Cat Hei Lam Mun’ yang menggabungkan elemen perayaan lunar dan intipati jenama minuman 7UP.
Ads
Sementara itu, filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Andy Teh memegang watak Uncle Mike yang akan disertai oleh beberapa pelakon baru seperti Idan Aedan sebagai anak sulung (Rafei), Nor Merah sebagai anak kedua (Rasyid), dan Umar Shakur iaitu pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2024, sebagai anak bongsu (Rahman). Barisan pelakon turut dimeriahkan oleh Chew Kin Wah, Mandy Chong, April Chan, dan Pauline Tan.
Filem Abah Saya Uncle Mike yang dijangka bakal ditayangkan pada penggal ketiga tahun 2025
Filem ‘Abah Saya, Uncle Mike’ mengisahkan perjalanan Rafei yang merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik yatim piatu mengimpikan masa depan yang lebih cerah. Selepas menemui kasih sayang dalam keluarga Uncle Mike, dia berusaha untuk bersatu semula dengan dua adik lelakinya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2020 boleh dikatakan detik yang paling sukar dilalui oleh seluruh masyarakat dunia kerana wabak pandemik COVID-19 yang memberi kesan bukan sahaja kepada kesihatan, malah ekonomi dunia.
Ramai yang mengeluh hilangnya pendapatan kerana diberhentikan kerja atau terpaksa dipotong gaji kerana sudah tentu perniagaan juga terkesan disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di Malaysia.
Belum lagi kalau kita lihat kadar pengangguran negara yang semakin membimbangkan. Masih ramai graduan dan indiidu yang masih mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan.
Bagi korang yang sedang mencari pekerjaan, selain berusaha meninjau peluang di laman web job vacancy, sebenarnya korang boleh juga cuba menerusi aplikasi Facebook.
Mungkin ramai yang tidak tahu, ‘benda’ yang korang hari-hari hadap tu sebenarnya ada lubang pekerjaan yang boleh dirujuk.
Macam mana caranya? Jom kita lihat tutorial mudah ini.
1. Cari ‘Jobs’ di ruangan Menu
2. Korang juga boleh pilih radius tempat kerja yang berhampiran dengan lokasi kediaman
3. Buat pilihan, sama ada kerja tetap, sambilan atau kontrak. Korang juga boleh pilih bidang pekerjaan disini. Kemudian, pilih See Jobs
4. Ha, setelah itu korang boleh mendapatkan maklumat selanjutnya
Mudah sahaja kan? Moga ada rezeki untuk korang yang sedang mencari pekerjaan. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkongsian pelakon popular, Nabila Huda mengenai perjalanan terakhir kucing kesayangan pertama yang dibela bernama Aoki baru-baru ini telah menarik perhatian ramai terutama di kalangan pencinta kucing.
Menurut Nabila atau nama sebenar Nabila Huda Suhaimi (40) perkongsian yang dibuat sebelum ini adalah semata-mata ingin memberi kesedaran kepada orang ramai tentang belas kasihan terhadap haiwan dan hatinya cukup tergores apabila ada pihak mengambil jalan mudah dengan membuang haiwan peliharaan yang sakit.
“Bagi saya masalah kewangan bukan alasan untuk buang haiwan peliharaan sesuka hati kerana seseorang itu sepatutnya sudah memikirkan semua kebarangkalian apabila memilih membela kucing atau haiwan lain di rumah”
“Kalau anak kita sakit, tak mungkin kita akan buang sewenang-wenangnya anak itu, begitu jugalah dengan haiwan peliharaan kita,” ujar Nabila sebak ketika ditemui di sidang media Hikayat Bawah Putih Bawang Merah yang diadakan di TGV 1 Utama baru-baru ini.
Tambahnya, perkongsian mengenai Aoki bukan hanya sekadar untuk menimbulkan kesedaran tetapi secara tidak langsung dapat berkongsi ilmu mengenai kucing yang mungkin tidak diketahui ramai.
Bahkan ada di antara pengikut yang baru menyedari simptom yang dialami Aoki turut ada pada kucing yang pernah dipelihara.
“Mungkin ada pencinta kucing di luar sana yang tidak tahu tentang penyakit-penyakit dihidapi kucing. Saya sendiri tak tahu tentang simptom yang Aoki tunjuk pada awalnya. Paling menarik bila saya kongsi di media sosial, banyak benda yang pengikut saya jadikan rujukan,” jelasnya.
Terdahulu, Nabila memaklumkan Aoki mati akibat menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap empat pada 2 Oktober.
Dalam perkembangan lain, Nabila bakal membintangi drama empat episod Hikayat Bawang Putih Bawang Merah yang akan disiarkan di Astro Ceria bermula 21 Oktober ini. Selain Nabila, Hikayat Bawang Putih turut dibintangi barisan pelakon terkenal termasuk Mira Filzah, Kamal Adli, Amalina Arham dan Datin Lisa Surihani.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ternyata berat untuk menghadapi ujian kehilangan orang yang kita sayang terutama darah daging sendiri. Namun apakan daya, kita harus berlapang dada dan reda akan kepergian mereka.
Semalam genap tiga tahun pemergian anakanda tercinta penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin, iaitu Allahyarham Muhammd Syakir Alif Johan. Menerusi hantaran terbaharu di Instagram miliknya, Nora mencoretkan luahan hatinya.
Dalam hantaran tersebut, turut dilihat penyanyi lagu popular Dendam Dalam Diam itu memuat naik beberapa momen terindah bersama Alif selain berkongsi foto skrol Diploma Perfileman yang diterima bagi pihak anaknya baru-baru ini, ketika menziarahi pusara.
“14 Disember 2019. Genap tiga tahun berlalu, seperti masih baru. Masih segar diingatan, belum luput dari pandangan. Rindu tidak pernah padam. Moga anakanda Alif tenang disana.
“Mama reda pada Alif. Moga syurga tempat istirehatmu dan kita semua. Al-Fatihah buat anakanda Alif Johan dan semua yang telah terdahulu pergi meninggalkan kita,” coretnya ringkas.
Pemerhatian REMAJA mendapati, ruangan komen dibanjiri rata-rata pengikut dan rakan artis yang mengucapkan salam takziah dan meniupkan kata semangat buat penyanyi tersebut.
Sebelum ini, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerima skrol diploma arwah anaknya yang menamatkan pengajian dalam jurusan Perfileman di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Terdahulu, Allahyarham yang sebelum ini pernah menyertai program realiti Mentor Milenia 2019, meninggal dunia pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba rebah di rumah. Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan dengan pusara bapanya, Allahyarham Johan Nawawi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seminggu kita beraya sakan, makan ketupat rendang, jumpa sanak saudara… tiba-tiba kena masuk kerja balik? Memang rasa lemau habis!
Biasalah, raya kan sebulan. Ramai yang...