tik tok tik tok..
Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum pelakon dan pengacara, Mira Filzah menamatkan zaman anak daranya dengan lelaki pilihan hatinya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
Haa, nervous tak tu Mira?
Katanya dalam temuramah bersama Malaysia Hari Ini baru-baru ini, dia mengakui perasaan nervous itu tetap ada walaupun segala persiapan telah lengkap dilakukan olehnya.
“Gelisah risau, takut itu dan ini sudah biasa. Tetapi Alhamdulillah persediaan setakat ini sudah berjalan dengan lancar.
“Kalau ikutkan pada tarikh hari ini (Jumaat, 28 Ogos 2020) untuk Khatam Al-Quran, Mira akan bernikah pada minggu hadapanlah (malam esok). Tinggal seminggu sahaja lagi,” akui Mira yang cantik mengenakan persalinan serba pastel pada majlis tersebut.
Tambah Mira lagi, tugas media rasmi akan digalas oleh pihak TV3 di mana mereka sedang merancang untuk melaksanakan cross over secara langsung. Selain itu, sebarang live update juga akan dikemaskini oleh pihak TV3.
Mengenai masa hadapan Mira selepas berkahwin pada minggu ini, Mira bersyukur apabila bakal suaminya iaitu Wan Emir memahami kariernya sebagai seorang pelakon dan pengacara; serta tidak meletakkan halangan untuk Mira meneruskannya.
“Kepada semua peminat Mira yang menyokong sejak awal karier sehingga ke hari ini, terima kasih banyak-banyak. Doakan yang baik-baik untuk Mira, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga. Amin,” tuntas si cantik manis ini.
Bukan Wan Emir saja yang jatuh cinta dengan Mira Filzah, tau. Seluruh Malaysia juga bakal jatuh cinta dengan rancangan baharu yang diacarakan oleh Mira; berjudul In Love With Mira.
Menerusi klip iklan acahnya (teaser), Mira dilihat mengutarakan beberapa soalan & rahsia di sebalik pemilihan Wan Emir sebagai bakal suaminya.
“Dia (Wan Emir) yang mula mencari dulu..”
“Itu maksudnya dia ada niat untuk berkahwin bila dia yang keluar untuk mencari (jodoh)..”
Apa pula ciri-ciri yang dicari oleh Mira?
“Mira nak cari lelaki seperti abah. Mira percaya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik juga adalah untuk lelaki,” katanya.
Haihh, tak sabar pula rasanya untuk melihat majlis Mira yang dikatakan bakal berlangsung esok.
Semoga semuanya berjalan lancar dan perkahwinan Mira dan Wan Emir diberkati oleh Ilahi, insyaAllah. Bercakap tentang baju kahwin, ingat lagi semasa Mira melakukan kolaborasi bersama Rico Rinaldi, tahun lepas?