Hiburan

Dikagumi Dan Dihormati Ramai Orang! Ma Dong Seok Dedah Tak Pernah Jumpa Rakan Artis Berkelakuan Buruk Di Set Penggambaran!

Share

Baru-baru ini, salah satu temubual bersama pelakon terkenal Korea Selatan, Ma Dong Seok atau Don Lee mengenai pengalamannya berkecimpung dalam industri hiburan tular di media sosial.

Ma Dong Seok atau nama sebenar Lee Dong Seok (53) menerusi temubual berkenaan telah ditanya mengenai sama ada beliau pernah mendapat layanan buruk atau kurang baik sepanjang berada dalam dunia lakonan Korea Selatan mahupun antarabangsa, contohnya terkena tindakan rasisme dan sebagainya. 

“Sejujurnya saya tidak tahu sama ada saya beruntung atau apa tetapi tidak. Saya belum pernah jumpa dengan pelakon-pelakon yang tidak sopan. Walaupun saya pernah mendengar beberapa cerita dari orang-orang sekeliling mengenai pelakon mana yang kurang sopan. Namun, di lokasi penggambaran yang saya datang, saya tak pernah jumpa pelakon yang berperangai buruk”

Kredit: Don Lee
Kredit: Don Lee

Menurut pelakon yang popular menerusi filem Train To Busan, The Roundup, The Outlaws, dan The Bad Guys itu, beliau telah berlakon dalam hampir 70 buah naskah drama dan filem. Namun, setakat ini dia tidak pernah berjumpa dengan seseorang yang dikatakan berkelakuan seperti itu. 

Dong Seok juga menyatakan bahawa jika dia berjumpa dengan orang seperti itu mungkin dia akan berusaha untuk tidak marah. Malah, beliau juga mungkin akan mengambil peluang untuk berbincang bersama orang seperti itu dalam keadaan tenang kerana menurutnya dia bukan seorang yang mudah marah.

Kredit: Don Lee
Kredit: Don Lee
Kredit: Don Lee

Dalam pada itu, peminat yang mendengar mengenai hal berkenaan turut meluahkan rasa kagum kerana berpendapat mungkin orang di sekeliling pelakon itu menunjukkan sikap hormat kepada Ma Dong Seok.

Sekadar info, Ma Dong Seok memulakan kerjaya lakonannya sejak 2005 dan mula memperoleh populariti menerusi filem Train To Busan (2016). Selepas kejayaannya menerusi filem tersebut beliau terus melangkah ke pentas antarabangsa dan muncul dalam filem berjudul The Outlaws (2017) dan Eternals (2021).

Beliau juga terkenal dalam menjayakan watak yang kuat dan berkarisma tetapi mempunyai sisi kemanusiaan yang mendalam, menjadikannya pilihan popular di kalangan pengarah.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN