Dikatakan ‘Berisi’ Selepas Jadi Miss Universe 2021, Catriona Gray Pertahankan Harnaaz Sandhu

Share

Apa yang membuatkan seorang manusia cantik dan sempurna?

Masyarakat terutamanya pengguna di media sosial cukup gemar untuk memperlekeh dan membeza-bezakan bentuk fizikal seseorang. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.

ARTIKEL BERKAITAN : Sebelum Harnaaz Sandhu, 10 Miss India Pernah Gemparkan Dunia Dengan Kejelitaan Mereka

Baru-baru ini, Miss Universe 2021 Harnaaz Sandhu dikatakan terpalit dengan isu body shaming. Hal ini selepas gambarnya menjadi viral dan menyebabkan dia dituduh lebih berisi selepas menang.

Harnaaz Sandhu telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2021 pada 12 Disember 2021. Dia kini menjalankan tugasnya sebagai Miss Universe dengan menghadiri pelbagai acara sosial dan sesi foto.

Salah satu penampilannya dalam menjalankan tugasnya sebagai Miss Universe 2021 baru-baru ini menjadi perhatian. Sebuah video tular menunjukkan perubahan penampilannya dalam tempoh tiga bulan selepas menang.

Miss Universe Harnaaz Sandhu Foto: Via AP, TikTok

Video itu menunjukkan Harnaaz Sandhu ketika dia memenangi Miss Universe 2021. Dia tampil dengan gaun perak. Dan video tersebut turut memaparkan penampilan terbaru Harnaaz dengan pakaian yang sama. Dilihat dalam video, kawasan ketiak pakaian kelihatan longgar. Netizen mengesyaki pakaian itu tidak muat sehingga tidak menutupi bahagian belakang dengan sempurna sekali gus membuatkan bahagian bahu longgar.

Video yang dimuat naik ke TikTok itu turut mendapat pelbagai komen dari netizen. Malah, ada yang menuduh Miss Universe dari India ini ‘tidur dalam kemenangan’ sehingga terlupa menjaga bentuk badannya. Ada juga yang mengecam kenaikan berat badannya.

Catriona Gray Pertahankan Harnaaz Sandhu

Catriona Grey

Kejadian Harnaaz Sandhu dimalukan netizen mendapat perhatian Miss Universe 2018 Catriona Gray. Catriona memberikan pembelaannya untuk Harnaaz yang dikecam kerana berat badannya bertambah.

“Sungguh mengecewakan apabila melihat orang ramai masih menjatuhkan wanita dengan cara ini. Kami bekerja keras untuk berkempen bahawa ratu cantik atau gelaran Miss Universe seharusnya lebih daripada imej semata-mata,” kata Catriona Gray.

Catriona Gray menegaskan bahawa tugas Miss Universe adalah untuk menyebarkan mesej positif kepada masyarakat. Kecantikan atau bentuk fizikal Miss Universe menurutnya bukanlah perkara utama.

Ntah la netizen ni pun, semua benda nak di body shaming…hmmm

BACA LAGI : ‘I Gemuk,Tapi…”– Nabila Huda ‘Sekolahkan’ Warganet Yang Suka Body Shaming

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana