Dikatakan Mengugat Kedaulatan & Integriti Negara, India Haramkan Penggunaan TikTok

Share

Baru-baru ini, seorang bintang TikTok yang berusia 16 tahun di India dilaporkan telah membunuh diri dan dipercayai berpunca daripada masalah tekanan mental.

BACA: 2 Remaja TikTok Ragut Nyawa Selang 5 Hari Untuk Alasan Berbeza, Apa Cer?

Sehubungan dengan itu, kerajaan India mengharamkan aplikasi TikTok dan berpuluh lagi aplikasi lain buatan China dengan alasan ia mendatangkan bahaya kepada negara itu.

Menurut Astro Awani, pengharaman dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.

Aplikasi seperti TikTok dikatakan memudaratkan kedaulatan dan integriti India, keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.

Menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan, Pengumpulan, perlombongannya dan pemprofilan data itu mempunyai elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara India. Dan akhirnya boleh mengugat kedaulatan dan integriti India dan hal ini memerlukan langkah kecemasan segera.

Secara keseluruhannya, 59 aplikasi China telah pun diharamkan, termasuk aplikasi permesejan popular WeChat.

India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih daripada 120 juta pengguna.

Aplikasi tersebut berhadapan dengan tuduhan mengambil data pengguna yang dikongsi bersama kerajaan China. Walau bagaimanapun, TikTok yang dibangunkan syarikat ByteDance berpangkalan di Beijing menafikan dakwaan tersebut.

Sebenarnya tidak salah untuk berhibur tetapi semua yang dilakukan haruslah ada batasnya. Pokok pangkalnya terpulang pada diri kita sendiri untuk menerima baik buruk serta padah setiap kelakuan.

Sumber: Astro Awani

Published by
Noor Ain Norman