Pejam celik, sudah hampir enam tahun syarikat automotif tempatan, Perodua memperkenalkan kereta bagi segmen Sedan menerusi model Bezza. Model yang diperkenalkan pada tahun 2016 itu juga merupakan kereta Sedan pertama Perodua yang telah menerima sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pengguna jalan raya di Malaysia.
Kini, kononnya sebuah lagi kereta Sedan akan diperkenalkan oleh Perodua tidak lama lagi biarpun perkhabaran rasmi masih belum disahkan oleh syarikat itu.
Selama ini, Perodua memberi fokus kepada kenderaan kompak seperti MyVi dan kenderaan SUV lima tempat duduk seperti Ativa.
ARTIKEL BERKAITAN : Harga Myvi (2022) Baharu Bermula RM45.7k, Tempahan Kini Dibuka – REMAJA
BACA LAGI : PERODUA Tawar Rebat, Diskaun & Pemeriksaan Percuma Untuk Kenderaan Mangsa Banjir – REMAJA
Tapi selepas ini, korang akan mempunyai lebih banyak pilihan menerusi model Sedan kedua Perodua yang hangat diperkatakan sekarang ini.
Gambaran pertama kereta ini telah dikongsikan oleh pereka kenderaan berkonsep popular, Theophilys Chin menerusi sebuah video berjudul Perodua Sedan Renderings From 2022.
Katanya, rekaan baharu ini mengambil konsep daripada rekaan Daihatsu DN-F yang pernah dipamerkan sewaktu acara Gaikindo Indonesia International Auto Show 2017 atau GIIAS 2017 di negara seberang.
Menerusi video itu, beliau telah mempamerkan beberapa pilihan warna bagi model baharu ini termasuklah merah, hitam, biru, silver dan warna baharu yang dijangka akan diminati ramai iaitu hijau zamrud.
Jika ingin dibandingkan dengan model Perodua Bezza, model ini kelihatan lebih luas dalamnya dan sedikit rendah pada dimensi 4.2 meter panjang, 1.69 meter lebar dan 1.43 meter tinggi. Sementara itu, wheelbase-nya pula mencecah kepanjangan 2.51 meter.
Not bad
juga rekaan model baharu ini jika benar ia adalah model yang akan diperkenalkan di Malaysia tidak lama lagi oleh Perodua.Pastinya, harganya juga adalah kompetitif jika ingin dibandingkan dengan model Sedan lain yang setaraf dengannya seperti Honda City, Toyota Vios dan Nissan Almera Turbo 2021. Sesuailah dengan kemampuan anak muda seperti korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.