Tular baru-baru ini apabila sebuah video menunjukkan sebuah ambulans dihalang sebuah kenderaan jenis Honda di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).
ARTIKEL BERKAITAN : Ambulans Memang Diarah Berhenti, Keutamaan Pada Konvoi PM Demi.. – Polis
Dalam video, dapat dilihat bahawa pemandu sebuah kenderaan ulititi, Honda CRV, memandu di lorong paling kanan, sekali gus menghalang ambulans di belakangnya.
Walaupun telah membunyikan siren dan hon kereta itu tetap enggan memberi laluan kepada ambulans di belakang. Pada saat terakhir video berkenaan, pemandu ambulans dilihat terpaksa memotong melalui laluan kiri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut membuat ciapan di akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa dengan sifat pemandu yang pentingkan diri dan denggan memberi laluan kepada ambulans.
Malah, netizen juga tidak kurang mengecam tindakan pemandu tersebut.
Rupa-rupanya, bukan dengan sengaja pemandu tersebut bertindak sedemikian dan tidak mahu memberi laluan kepada ambulans.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kampar iaitu Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata pemandu dan pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) itu telah diarahkan untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk siasatan lanjut.
Nazri turut menjelaskan hasil siasatan mendapati pemandu kereta berkenaan mengalami masalah pendengaran Tinnitus-Acoustic Neuroma sejak tiga tahun lalu.
“Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit Tinnitus-Acoustic Neuroma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nazri turut berkata pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi dan penguatkuasaan trafik bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya di daerah Kampar, Perak.
Buat anda yang masih keliru, satu rakaman video berdurasi 37 saat tular di media sosial apabila ia memaparkan sebuah kereta Honda CR-V tidak mahu memberi laluan kepada ambulans sehingga kenderaan berkenaan terpaksa ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri.
Kesimpulannya disini, jangan cepat menghukum sebelum mengetahui hal yang sebenar, takut nanti dapat dosa je.
BACA LAGI: 5 Pelajar USAS Jadi Korban Kemalangan Dengan Trelar Di Terowong Menora
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Utusan Malaysia