‘Dikenenkan’ Peminat, Hafreez Adam & Afifah Nasir Didoakan Cepat Naik Pelamin

Share

Kalau dah jodoh tak ke mana kan…

Satu perkongsian terbaharu pelakon berbadan sasa, Hafreez Adam memuat naik foto bersama adik kepada pelakon jelita yang juga bekas peserta Dewi Remaja, Anzalna Nasir itu di platform Instagram miliknya, sekali lagi menjadi perhatian dalam kalangan peminat mereka.

Menerusi hantaran tersebut, Hafreez dan Afifah sedang bergambar ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi anak buah aktres wanita itu, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Billie Eilish & Jesse Rutherford Tak ‘Direstui’ Peminat Kerana Jarak Usia 10 Tahun

“Tak tahu nak letak kapsyen apa. Tapi gambar @hafizbaharuddin17 ambil ini nice. Jadi abe (abang) kongsikan,” coretnya ringkas.

Keakraban yang dipaparkan kedua-dua sahabat itu sekaligus mencetuskan persoalan dikalangan warganet.

Pemerhatian REMAJA mendapati, ruangan komen telah dibanjiri pelbagai reaksi peminat mereka. Rata-ratanya mendoakan selebriti itu agar bersahabat hingga ke jinjang pelamin.

“Minat kabo (cakap), jangan simpan lama-lama. Obvious sangat dah itu,” komen seorang pengguna.

“Semoga sampai ke jinjang pelamin,” komen pengguna lain.

“Kahwin abang, jangan single lama-lama,” komen pengguna lain juga.

Sekadar informasi, bekas peserta program realiti Hero Remaja itu pernah mengikat tali pertunangan bersama pelakon wanita, Zara Zya pada tahun 2018 namun ikatan itu putus sebulan kemudian.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Hafreez Adam & Afifah Nasir

Published by
Fath