Jika sebelum ini tular di media sosial berkenaan perkongsian Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ‘mengangkat’ seorang TikTokers Haqiem Stopa sebagai ikon permotoran anak muda.
ARTIKEL BERKAITAN : Nor Farhatul Dilantik Sebagai Ikon YADIM Paling Muda, Tarik Minat Remaja Cintai Al-Quran
Terbaru, timbul pula isu yang mana TikTokers berusia 22 tahun berkenaan dijemput sebuah sekolah menengah untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Perkongsian video yang dimuat naik Haqiem Stopa menerusi akaun TikTok miliknya telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.
@haqiemstopa Trima Kasih SMK Sungai Besi 🤙🏻 #haqiemstopa #fyp #fypシ #matrempit ♬ original sound – Haqiem_stopa
Ramai yang rasa kurang senang dan mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang dikatakan tidak mengkaji latar belakang individu berkenaan sebelum diundang untuk memberi motivasi.
Netizen turut menyifatkan bahawa gelaran tersebut tidak sesuai kerana Haqiem Stopa dikatakan merupakan ‘mat rempit’ memandangkan kerap berkongsi konten berkenaan motosikal di TikTok.
Malah, salah seorang pengguna aktif Facebook yang juga seorang peguam, Nor Zabetha mempertikai tindakan mewakilkan seorang individu yang masih dalam kegiatan yang disenarai dalam kategori gejala sosial.
Katanya, tiada masalah untuk menjemput mereka yang mempunyai sejarah silam dan menyesal serta berubah sebagai perkongsian pengajaran. Namun, ia berbeza apabila menjemput mereka yang ‘sedang’ dalam kegiatan yang dipandang serong masyarakat.
segelintir netizen tampil rasa kurang senang dengan gelaran yang dipanggil kepada pemuda berkenaan kerana tidak tahu apa sumbangan yang diberikan sehingga boleh diangkat sebagai ‘ikon’ oleh pengikutnya.
“COG telah banyak menjelajah ke seluruh negara (sekolah, komuniti, kementerian/jabatan/agensi kerajaan dan swasta) dengan menampilkan bekas pesalah juvana, bekas banduan, bekas kepulihan dadah dan sesiapa sahaja yang melalui kegagalan yang teruk di dalam kehidupannya untuk berkongsi pengalaman hidup.”
Kata penganjur, tiada sebarang ‘bayaran dan sumbangan’ dikenakan sama ada kepada penceramah, penganjur mahupun sekolah terlibat. Kos perjalanan dan penginapan juga adalah tanggungan sendiri.
Hmm…apa pula pendapat korang?
Sumber: Rizan Hassan, Nor Zabetha ,TikTok @haqiemstopa, Facebook Kuro Bikeseller
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.