Menerusi temu bual bersama Remaja, Anna memaklumkan bahawa dia menganggap peluang ini sebagai rezeki dan akan berusaha keras untuk mempelajari peranan baharunya itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki Dapat Bertemu Puteri Ameerah, Anna Jobling ‘Girl Talk’ 2 Jam Bersama Anakanda Sultan Brunei
“Apabila diberikan peluang ini, saya melihatnya sebagai rezeki. Ini adalah pengalaman pertama saya sebagai juri, dan walaupun mungkin ia agak mencabar, saya bertekad untuk belajar dan menerima kritikan yang membina,” katanya.
Selain itu, pelakon drama popular Melur Untuk Firdaus itu turut berkongsi pandangannya ketika ditemui di sesi sidang media Muzikal Lawak Superstar di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Anna melihat bahawa pemilihan sebagai juri adalah satu langkah penting dalam pengembangan kerjayanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Anna Jobling Teruja Bintangi Filem Seram Indonesia ‘Lembayung’- “Saya Tidak Kisah Nampak Cantik Atau Tidak…”
“Sebagai pelakon, saya dikenali ramai, tetapi kini saya memasuki fasa baru sebagai juri. Saya faham ada pihak yang mungkin tidak bersetuju, tetapi bagi saya, ini adalah peluang untuk berseronok dan berkembang dalam industri ini,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, seorang artis wanita berpangkat senior mempertikaikan pemilihan Anna sebagai salah seorang juri bersama Saiful Apek dan Harith Iskander bagi program lawak tersebut.
Menurut artis wanita itu, ramai lagi artis senior berpengalaman yang lebih layak untuk menjadi juri bagi program berkenaan.
BACA LAGI: “Ini Hanya Permulaan” ANNA JOBLING Raikan Kemenangan – Cover Digital April 2024 – REMAJA