Dikuarantin Tiga Hari, Penyanyi Lagu “Damailah” Bebas Virus Korona!

Share

Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan!

Kalau korang ingat sebelum ini penulis pernah menulis artikal tentang gadis yang berkongsi pengalaman ‘ngeri’ 1 light dengan warga Wuhan

Kalau korang nak tahu gadis ini juga merupakan penyanyi baru yang popular dengan lagu Damaikanlah ini disyaki dijangkiti wabak koronavirus selepas pulang dari urusan kerja di Haikou, China pada 25 Januari lepas.

Dan update terbaru, gadis ini disahkan bebas dari wabak ini. Kesyukuran dipanjatkan Ika kepada Allah kerana ujian darah yang dibuat mendapati dia tidak dijangkiti virus yang berasal dari Wuhan, China itu.

Menurut Astro Gempak, Ika berkata, pengalaman dikuarantin selama tiga hari tidak akan dilupakannya.

“Alhamdulillah keputusan adalah negatif. Saya bersyukur dan berasa lega sangat. Saya bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana keadaan dirinya semakin pulih. Dia disyaki dijangkiti wabak tersebut kerana mengalami demam, batuk dan selsema yang teruk selepas dipercayai menaiki pesawat yang turut membawa warga emas dari Wuhan yang merupakan wilayah penularan wabak koronavirus ini.

Ika Mustafa turut menasihati korang diluar sana agar jangan pergi tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong seperti lapangan terbang atau travel ke mana-mana.

So yang dah beli tiket flight tu sila menangis…hiks

Sumber : Astro Gempak & Instagram Ika Mustafa

Artikal berkaitan :

Published by
Nana